SAYANGKAH ANDA PADA ANAK ANDA?




Siapa yang tak sayang anak betul tak? .

As a parent, apa yang anda buat sebagai tanda anda sayang dan peduli dengan anak anda?. Sudah tentu kita bagi anak-anak kita kasih sayang, perhatian dan benda yang mereka suka. Tapi adakah anak anda sudah di imunisasi?.

World Health Organization (WHO) mendefinisikan imunisasi sebagai proses di mana seseorang menjadi kebal atau tak mudah dijangkiti penyakit yang menular. Imunisasi atau pemberian vaksin merupakan salah satu upaya untuk meningkatkan kekebalan tubuh terhadap suatu penyakit. Pendek cerita imunisasi ni ibarat perisai dekat badan kalau nak pergi berperang. Takde perisai confirm mati awal.

Ramai ibu bapa yang tak sedar betapa pentingnya imunisasi terhadap anak-anak mereka. Baru-baru ni terdapat kes seorang kanak-kanak meninggal dunia akibat difteria yang mana lebih mengejutkan lagi bahawa kanak-kanak ini tidak pernah di imunisasi sejak lahir.

Penyakit difteria disebabkan oleh jangkitan bakteria corynebacterium diphtheriae yang menyebabkan gejala sakit tekak dengan selaput di dalam tekak, bengkak tonsil dan kemungkinan berlaku komplikasi bacteremia (jangkitan darah) serta endokarditis (jangkitan pada jantung) sehingga menyebabkan kegagalan organ, yang seterusnya boleh membawa maut.

"Tahun ini, sehingga kini terdapat satu kes difteria yang disahkan di Malaysia. Tahun lalu, sebanyak 18 kes dengan lima kematian dilaporkan di Malaysia, yang mana empat daripada lima kematian ini tidak menerima imunisasi." - Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Pemberian imunisasi kepada anak-anak merupakan salah satu tanda kasihnya kepada seorang ibu dan bapa. Jika anak anda tak diberi imunisasi maka risiko mendapat penyakit yang berbahaya amatlah tinggi dan boleh memudaratkan kepada kanak-kanak yang lain.

ANDA SAYANG ANAK ANDA ? Fikir-fikirkanlah

#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MENJEMPUT REZEKI

BUAH-BUAHAN YANG AMAT SESUAI DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG.

BAGAIMANA NAK MENGHILANGKAN KAHAK HIJAU.