Posts

Showing posts from 2018

KALAU SAYANG ANAK, SIMPAN ELOK-ELOK BAHAN BERBAHAYA

Image
Kalau dah start ada anak kecil, anda perlu pastikan rumah sentiasa kemas dan bersih bukannya macam tongkang pecah dah. Jangan ambil mudah tentang semua benda. Kadang benda macam ni boleh meragut nyawa anak anda. Antara tips untuk anda elakkan perkara sebegini berlaku : ✅ Semak semula semua bahan-bahan berbahawa dalam rumah anda. Pastikan semuanya dilabelkan dengan jelas dan jauh dari capaian anak anda. ✅ Kuncikan almari dan laci di mana anda menyimpan bahan-bahan berbahaya ini. Atau anda boleh letakkannya dalam kabinet besar atau kotak yang berkunci, dan simpan di mana anak anda tidak dapat mencapainya. Jangan letakkan bahan-bahan ini dalam almari atau kotak yang tidak berkunci, walaupun di tempat yang tinggi. Jika anak anda sudah berjalan, dia mungkin boleh memanjat kerusi untuk mencapai almari yang tinggi itu. ✅ Jangan tinggalkan ubat di dalam bilik sebagai peringatan untuk anda mengambilnya. Sebaliknya tulis peringatan itu untuk diri sendiri. ✅ Jangan bawa ubat dalam p

ANAK SAYA TERTELAN BENDA BERACUN MACAM MANA NI 😢

Image
Bila berlaku perkara sebegini apa yang perlu anda buat ialah BAWA BERTENANG. Bila anda panik automatik anak anda pun akan jadi lebih takut dan ini mengundang benda yang lebih buruk. Bila anak anda tertelan benda beracun, apa yang anda boleh buat ialah : ✅ Ketahui apa, bila dan berapa banyak bahan yang ditelan oleh anak anda. ✅ Bawa anak anda ke bahagian Kemalangan dan Kecemasan di hospital terdekat. Jika anda tidak boleh memandu, hubungi 999 untuk bantuan ambulan. ✅ Jika boleh, bawa sampel atau bekas benda yang beracun itu untuk ditunjukkan kepada staf hospital. Catatkan masa yang anda fikir perkara itu berlaku. Jika dia menelan bateri butang, atau objek tajam seperti kaca, bawa dia terus ke bahagian A&E. Jika dia menelan sebarang objek lain, walaupun dia tidak menunjukkan sebarang simptom, bawalah dia berjumpa doktor untuk diperiksa. Saya menyarankan kepada semua ibu bapa yabg membaca artikel ini agar dapat menyimpan elok-elok benda yang merbahaya kepada anak and

RESAH BILA ANAK DISERANG ASMA

Image
Resah Setiap Kali Anak Diserang Asma? . Sesekali terjaga melihat keadaan anak di bilik. Risau dan letih. Dah beberapa jam anak kena serangan asma yang teruk. Pergi kecemasan pakai nebuliser. Bukan merungut tapi sampai bila anak kita perlu menahan penatnya asma, sesak nafas . Ibu mana yang tak risau kan bila lihat anak terseksa sebegitu. Sedangkan anak digigit semut api pun kita dah cakna, inikan pula bila anak semput. . Buat para ibu, tak usah berputus asa. Berlapang dada lah. Di sini suka untuk saya kongsikan 5 tips berguna menguruskan anak yang menghidap asma. . . ✅ Bawa anak berenang tiap-tiap minggu Berenang membantu melatih paru-paru anak kita. Paru-paru akan lebih kuat dan mengurangkan asma beransur-ansur. . ✅ Rebus bawang merah kecil Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya dan amalkan minum seminggu sekali. . ✅ Menggunakan madu dan getah betik Ambil satu sudu besar madu dan 4-5 titik getah betik. Campurkan

TANDA ANAK ANDA KERACUNAN

Image
Peringkat kanak-kanak ni mereka lebih gemar meneroka sesuatu benda itu dengan memasukkannya ke dalam mulut. Perkara sebegini amat merisaukan ibu bapa sebab kadang-kadang mereka tak perasan anak mereka berbuat sedemikian. Berikut merupakan tanda-tanda sekiranyan anak anda mengalami keracunan akibat tertelan benda beracun: 💀 Mengantuk 💀 Muntah 💀 Cirit birit 💀 Sakit perut 💀 Demam 💀 Sakit kepala 💀 Pernafasan tidak teratur 💀 Hilang selera makan 💀 Sukar menelan 💀 Air liur meleleh 💀 Ruam kulit 💀 Bibir dan kulit menjadi biru 💀 Sawan 💀 tidak sedarkan diri Anda sebagai ibu bapa jangan sesekali letak dikawasan rendah bahan-bahan yang merbahaya kepada anak anda. Sentiasa pastikan rumah anda kemas dan bersih ya 😊 #InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

ALERGI PADA BAYI & KANAK-KANAK

Image
Apa tu Alergi ? Sebenarnya, alergi atau alahan adalah reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut, dimakan atau yang hanya disentuh. Sistem keimunan badan bertindak balas terhadap alergen  bahan yang membangkitkan reaksi  dengan mengeluarkan histamin dan kimia-kimia lain yang menyebabkan simptom seperti kongesi hidung serta sistem respiratori, gatal hidung atau hidung meleleh, pedih tekak, diarhea atau cirit-birit, mata berair dan gatal, dan ruam gatal. . . Alergi ni boleh diwarisi ke ? Sememangnya alergi itu lazimnya diwarisi secara turun temurun, walaupun mungkin setiap ahli keluarga mempunyai alergi berlainan. Seorang anak mungkin menghidapi asma, manakala seorang lagi cenderung mendapat diarhea.  Memberi bayi susu badan secara ekslusif untuk enam bulan pertama akan dapat mengurangkan kejadian alergi baginya semasa di peringkat umur muda. Next post saya akan share senang tak nak kesan alergi pada bayi anda Stay tuned ! #InfoByMhamsb  #MinyakHerbaAsmak #Madu

WALKER BABY : PERLU ATAU TAK YA ?

Image
Walker baby sudah jadi benda wajib dikalangan ibu bapa. Katanya senang nak pantau tak nak bagi anak berjalan merata dalam rumah tu. ANDA SILAP Pakar-pakar keselamatan dan kesihatan sangat tidak menggalakkan penggunakan walker bayi, kerana jumlah kemalangan dan kecederaan yang diakibatkan olehnya adalah tinggi. Walker bantu berjalan adalah berbahaya kerana ia memberi bayi kelajuan dan ketinggian tambahan serta akses kepada benda-benda yang membahayakan. Di Kanada, penjualan walker bayi telah diharamkan sejak tahun 2004. Kebanyakan kecederaan disebabkan kejatuhan apabila walker tertonggeng dan bayi terpelanting jatuh ke bawah tangga atau merempuh perabot, alat pemanas elektrik atau ketuhar. Walker tidak membantu bayi belajar berjalan. Sebaliknya, menggunakannya dengan berlebihan mungkin akan merencatkan sedikit perkembangan bayi. Bayi perlu meniarap, merangkak, duduk dan bermain atas lantai, untuk membolehkan dia mencapai tahap-tahap utama dalam perkembangannya. Adalah lebih b

BARANGAN BAYI : APA YANG ANDA PERLU ?

Image
Bagi pasangan yang bakal menimang cahaya mata sudah pasti gembira semacam. Masa ni anda mula nak beli macam-macam untuk untuk bayi anda. Itu cantik ini cantik semua nak beli. Namun realitinya, anda hanya perlukan beberapa barang yang penting, serta beberapa barang tambahan yang lain. Antara senarai barang yang anda boleh beli ialah : ✅ LAMPIN . Bayi yang baru lahir perlu ditukar lampinnya kira-kira 10 hingga 12 kali sehari, oleh itu belilah lampin yang cukup untuk beberapa hari. Jika anda bercadang untuk menggunkan lampin guna semula, bagus juga jika anda beli sekurang-kurangnya satu pek lampin pakai buang juga sebagai persediaan. ✅ Tisu basah atau kapas untuk membersihkan bayi. ✅ Tikar kecil untuk menukar lampin. ✅ Vest bayi atau sut bayi. Sekurang-kurangnya tiga atau empat pasang. ✅ Beberapa helai kain bedung. ✅ Dua atau tiga pasang baju tidur diperbuat daripada kapas. ✅ Bakul bayi atau katil bayi, kecuali jika bayi anda akan tidur di katil bersama anda. ✅ Tilam yang

CARA MEMBEDUNG BAYI

Image
Membedung ialah kaedah zaman dahulu di mana bayi dibungkus dengan kemas untuk membantunya merasa selamat dan terjaga. Membedung bayi boleh mengelakkannya daripada terganggu oleh refleks penyentakan badannya sendiri. Anda mungkin pernah nampak bayi anda tersentak-sentak kecil ketika dia tidur. Sentakan badan ini adalah refleks sentakan (kejutan hipnagogik) dan ia adalah normal. Jika anda mahu cuba membedung bayi anda, pastikan dia tidak lapar atau basah sebelum anda bermula. Pastikan muka dan kepalanya tidak tertutup supaya dia boleh bernafas dengan mudah dan tidak terlalu panas. Jika bayi anda dibedung, dia mungkin tidak memerlukan selimut lagi. Berikut merupakan tips membedung si comel anda dengan sempurna : #InfoByMhamsb ✅ Letakkan sehelai kain benang kapas atas satu permukaan yang rata dan lipatkan sudut di sebelah kanan kira-kira 15cm ke bawah. ✅ Baringkan bayi dengan meletakkan kepalanya atas lipatan tadi. ✅ Tarik sudut terdekat dengan tangan kirinya, sambil men

ANAK MENANGIS DALAM KAPAL TERBANG. APA PATUT KITA BUAT?

Image
PANIK KETIKA ANAK MENANGIS DALAM KAPAL TERBANG Situasi yang biasa kita lihat dalam kapal terbang. Bagi yang bujang mungkin tidak kisah sangat tapi bagi para ibu bapa situasi ini amat merisaukan mereka. Jika anda sebagai ibu bapa menghadapi situasi ini, apa yang saya boleh nasihatkan ialah BAWA BERTENANG. Jangan panik dan jangan hiraukan orang sekeliling. Fokus kepada anak anda. Dalam menangani situasi ini, ada beberapa tips yang saya nak share : ✅ Aturkan segalanya sebaik mungkin terlebih awal dan pastikan anda tenang dan cukup rehat apabila memulakan perjalanan. ✅ Rancang dan lengkapkan bagasi tangan dengan cermat dan sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan. Anda akan rasa lebih tenang dan bersedia untuk menikmati perjalanan apabila tiba di tempat duduk anda. ✅ Memberi susu badan atau susu botol semasa berlepas dan mendarat akan membantu untuk mengurangkan sebarang kesakitan telinga yang mungkin terjadi. Menghisap dan menelan akan melegakan tekanan yang membina di dalam

BAGAIMANA NAK MENCARI PENGASUH YANG BERKUALITI

Image
PENGASUH : CIRI-CIRI PENGASUH YANG BAIK Bagi ibu bapa yang mempunyai kerjaya sudah pasti mereka menghadapi kekangan masa untuk menjaga anak mereka. Nak tak nak mereka perlu mengupah pengasuh. Nak upah pengasuh ni bukan mudah sebab kita tak tahu latar belakang dia macam mana nak pulak banyak kes penderaan yang melibatkan pengasuh diluar sana. Hari ni saya akan share tips mengenali pengasuh yang baik. ✅ Reputasi yang baik ✅ Melayan anak anda seperti anak sendiri ✅ Tegas tapi adil ✅ Mempunyai aktiviti yang banyak untuk dilakukan bersama anak anda ✅ Suka kanak kanak ✅ Rumah yang bersih dan persekitaran yang selamat Seperti yang kita ketahui, menjaga kanak-kanak ataupun bayi sepanjang hari adalah tugas yang meletihkan, dan ia harus dilakukan hanya oleh mereka yang komited pada setiap aspek perkembangan kanak-kanak termasuk emosi, sosial dan intelektual. Buat pilihan dengan bijak ! #InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

LAMPIN KAIN VS LAMPIN PAKAI BUANG

Image
Bab ini dah lama menjadi topik pendebatan antara ibu bapa sehinggalah ke hari ini. Masing-masing punya pandangan dan pendapat sendiri mengenai hal ini. Harini saya nak share sikit mengenai perkara ini yang dah lama jadi pendebatan antara ibu bapa. Mereka yang memilih lampin kain berhujah bahawa ianya kurang mahal dan sesetengah merasakan bahawa lampin kain kurang menyebabkan ruam lampin. Juga, lampin pakai buang mempunyai pelapik plastik yang tidak boleh reput, manakala lampin kain boleh dikitar semula, sekali gus mengurangkan impak ke atas tanah kambus kita. Perkara ini elok difikirkan dengan teliti sebelum bayi anda dilahirkan, tetapi sedarilah yang anda mungkin bertukar fikiran, oleh itu janganlah membeli terlalu banyak lampin yang mahal. Fikirkan tentang isu-isu praktikal seperti sama ada anda mempunyai mesin basuh dan mungkin juga mesin pengering (ya, walaupun di Malaysia di mana matahari sentiasa memancar, ada kemungkinan kita tidak banyak mendapat matahari semasa jereb

BERAPA KERAP PERLU TUKAR LAMPIN BAYI?

Image
KEKERAPAN MENUKAR LAMPIN Menukar lampin bayi secara kerap adalah penting, sebab air kencing yang mengandungi bakteria dalam najis boleh membuat kulit menjadi merah radang dan menyebabkan ruam lampin. Anda boleh menganggar akan perlu menukar lampin setiap kali sebelum bayi bersarapan atau selepasnya (kecuali pada waktu malam, sebab menukar lampin boleh mengganggu tidur bayi), dan juga apabila bayi membuang air besar. Bayi membuang air besar beberapa kali sehari pada awalnya, dan terkencing setiap satu hingga tiga jam Lampin basah tidak mengganggu kebanyakan bayi, oleh itu jangan fikirkan yang bayi akan menangis atau menunjukkan ketidakselesaannya setiap kali lampinnya basah. Lampin pakai buang menyerap lembapan dengan baik, jadi anda mungkin tidak menyedari yang lampin bayi sudah basah lencun. Untuk mengelakkan masalah ini, periksa sama ada lampin itu basah dua jam sekali dengan meraba-raba dengan jari yang bersih. Sebagai ibu bapa, anda perlu peka dengan si comel anda. Kal

ASMA'UL l HUSNA , MAKSUD & KHASIATNYA

Image
Bahawasanya Allah SWT mempunyai 99 nama. Barang siapa menghafalnya nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis Riwayat Imam Bukhari) Allah SWT mempunyai asma'ul husna (nama-nama yang indah) maka memohonlah kepada Nya dengan menyebut asma'ul husna. (Surah Al A'raf, ayat 180) Sesungguhnya di sebalik setiap nama dalam asma'ul husna terdapat keistimewaan yang sangat dalam dan luas yang berada di luar jangkauan akal manusia. Allah SWT akan memakbulkan keinginan hamba yang berdoa dan berzikir dengan nama Nya sesuai dengan keistimewaan yang terkandung di dalam nama tersebut. (apabila berzikir dengan nama-nama Allah hendaklah dibaca, contohnya Ar Rahman dibaca yaa Rahman. Ar Rahim dibaca yaa Rahim, Al Malik dibaca yaa Malik dan seterusnya) YA ALLAH Ya Allah, Lafzhul Jalalah. Nama yang Maha Agung dan Mulia, pemilik semua pujian. Apabila dizikirkan 500x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang be

ULSER MULUT : PUNCA DAN CARA MERAWAT

Image
. Apa itu ulser mulut? Ulser mulut adalah luka kecil di dalam bahagian mulut yang sangat sakit dan ia mengambil masa beberapa hari untuk sembuh. Selalunya ia mempunyai permukaan yang lebih cerah berbanding permukaan mulut yang biasa. . Punca Ulser Mulut👄 Terdapat beberapa faktor dan punca yang menyebabkan ulser mulut berlaku. Ianya adalah: 😧 Luka pada bahagian mulut disebabkan gosok gigi dan juga tergigit 😧 Mulut yang sensitif kepada makanan yang berasid seperti strawberi, limau, dan nanas 😧 Kurang vitamin terutamanya vitamin B12, Folate dan zat besi 😧 ‘dental braces’ 😧 Jangkitan bakteria, virus ataupun kulat 😧 Jangkitan virus yang menyebabkan penyakit kaki, tangan dan mulut juga boleh menyebabkan masalah ini. Kanak-😧 kanak terutamanya selalu menghadapi masalah ini. . Ulser di dalam mulut juga mungkin menjadi salah satu tanda individu tersebut mempunyai penyakit yang lebih teruk seperti: 👄 Keradangan usus (Inflammatory bowel disease) 👄 Kencing manis 👄

CARA YANG BETUL UNTUK HILANGKAN KAHAK BABY BATUK & SELSEMA

Image
Tips hilangkan kahak bayi. Bukan sahaja anak, tentu sekali ibu-bapa tidak dapat tidur lena kalau ada asyik batuk-batuk bukan? Kadangkala, rasa Risau seharian dengan keadaan anak yang mengalami kesukaran untuk tarik nafas. Batuk dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Cuaca yang tidak menentu, tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm. Bayi sukar untuk buang kahak sendiri. Yer lah.. Mereka masih kecil jadi ada antara mereka belum dan tidak pandai untuk keluarkan kahak. Oleh itu, mama dan papa boleh gunakan cara dibawah. ⭕️ Tepuk guna 5 jari pada atas belikat baby dan tepi dada baby,dengan cara lengkungkan tapak tangan (bentuk C-rapatkan semua jari) agar tak kena bahagian badan lain baby dan tak sakitkan kulit bayi. ⭕️  Berhenti bila baby menangis bila ma

7 ​TIPS PENJAGAAN GIGI SUSU

Image
​1⃣ Penjagaan gusi​ ​Gusi anak perlu dijaga walaupon gigi belum tumbuh. Susu ade karbohidrat yang berkanji dan ada yang bergula. Kalau sisa susuan tidak dibersihkan, ia menyebabkan mulut anak akan berbau masam dan gusi/lidah boleh menjadi keputih-putihan dan tidak sihat. Anak pon tak selesa.​ ​2⃣ Gosok gigi seawal gigi pertama tumbuh​ ​Gigi pertama lebih kurang 6 bulan la tumbuh. Nampak je gigi bersihkan gigi itu menggunakan kain bersih yang dibasahkan (guna air masak lagi baik). Kalau dah pandai gigit tu blikan berus khas untuk umur diorang.​Part ni kena sabar banyak sebab anakSATU permulaan akan meronta untuk digosok giginya. ​3⃣ Elak anak hisap botol susu sambil tidur​ Jangan ajar anak hisap botol susu sambil tidur. Susu badan pon tak boleh ok. Ini kerana kandungan kanji atau karbohidrat dalam susu akan membentuk lapisan melekit (plak) pada permukaan gigi then rosak.Karat² warna coklat tu.Ada kes anak dapat jangkitan kuman di mulut sebab tidor dengan hisap botol.    

BERUS GIGI APA YANG SESUAI DENGAN ANAK SAYA?

Image
Sebelum ni saya janji untuk sambung perkongsian saya mengenai pemilihan berus gigi untuk si comel anda. Harini saya akan kongsikan tips untuk anda. Untuk permulaan, anda akan rasa lebih mudah membersihkan gigi bayi anda dengan kain kasa atau muslin yang bersih. Balutnya pada jari anda dan letakkan sedikit ubat gigi. Gosoklah sekeliling giginya. Jika lebih gemarkan berus gigi, pastikan bulu kejurnya mempunyai kepanjangan berbeza-beza, lembut dan membulat dihujungnya. Pilih berus gigi yang berkepala kecil dengan batang yang membengkok. Ini membantu anda membersihkan keseluruhan mulut anak anda dengan mudah dan selesa. Semak julat umur yang sesuai dengan berus gigi tersebut, biasanya tertera pada bungkusan. Ganti berus gigi anak anda setiap tiga bulan, atau sebaik sahaja bulu kejurnya mula mengembang. Okay next post saya akan share pula ubat gigi apa yang sesuai dengan si comel anda Stay Tuned ! #InfobyMhamsb #MinyakHerbaAsmak.

BILA SAYA BOLEH MULA MENGGOSOK GIGI ANAK SAYA ?

Image
Ibu bapa mana yang tak teruja bila tengok si comel mereka mula tumbuh gigi. Bila si comel sengih nampak gigi yang cute tu hehehe. 🤭 Tapi dalam teruja tu ibu bapa kena tahu bahawa gigi si comel sudah perlu penjagaan yang baik. Mulalah membersihkan gigi si comel anda 2 kali sehari sebaik sahaja giginya muncul. Pentingnya penjagaan ini dari kecil adalah untuk membiasakan rutin ini dengan si comel anda. Besar kemungkinan gigi pertamanya adalah gigi hadapan di sebelah bawah, yang tumbuh ketika si comel berusia enam bulan. Terdapat sebilangan kecil bayi yang dilahirkan dengan sebatang gigi yang telah tumbuh. Ada juga bayi yang masih belum tumbuh gigi sewaktu berusia setahun. Pada usia kira-kira dua setengah tahun, si comel anda sepatutnya mempunyai 20 batang gigi susu. Sebaiknya andalah yang menggosok gigi si comel sehingga usianya tujuh tahun. Pada usia itu dia akan mampu menggosok giginya sendiri dengan baik. 😊 Nanti saya akan kongsikan berus gigi yang mana sesuai untuk s

APA ITU SEMBELIT?

Image
Bila cakap pasal #Sembelit, pas ti ramai yang pernah kena. Baik Baby mahupun dewasa. Betul tak? Memang 'seksa' kan bila nak membuang. Malah, ada yang pernah ikhtiar pelbagai cara untuk melegakan masalah sembelit dihadapi. Tahukah anda sembelit merupakan salah satu punca kepada masalah buasir? Itu lagi sakit. Tambah-tambah ibu berpantang. Adushhhh. Peritttnya. Yang mana pernah kena tu paham-paham jer kesakitannya. 😖. Anda kurang jelas mengenai sembelit? Jom baca info Sembelit di bawah. #ProdukAsmakMujarab #ProdukSemulajadi #AsmakbyMhamsb

ORANG KATA BILA ADA ASMA, MESTI ADA ALAHAN..YE KE?

Image
Puan2 tahu tak, tak semestinya orang yang ada alahan tu ada penyakit asma. Dan tak semestinya juga orang yang ada asma tu ada alahan. . Sebab asma boleh datang bila-bila masa je walaupun tanpa alahan. . Kami pernah jumpa orang yang ada alahan. Bila check dengan doktor, doktor cakap alahan biasa, tak sampai tahap asma lagi. Nasib baik.. . BENDA APA YANG BOLEH MENYEBABKAN ALAHAN TU? . Cuba puan2 tengok kat sekeliling rumah, luar dan dalam. Agak-agak, ada tak benda atau objek yang boleh menyebabkan alahan kepada anak-anak kita yang menyebabkan asma? . Benda-benda ni kita kena bagi perhatian lebih tau..bukan apa, takut disebabkan benda-benda macam tu, asma datang menyerang. Bahaya! . Ini contohnye: . ⚪ Debunga ⚪ Hama (house dust mites) – banyak kat bantal ⚪ Kulat ⚪ Bulu binatang . Antara punca-punca alahan kat atas tu, bulu binatang la yang paling susah sekali kita nak hilangkan. Sebab kalau kita dah keluarkan kucing beberapa bulan lepas pun, bulu dia masih boleh mele

APA ITU TONSIL?

Image
Tonsil terdiri daripada sekumpulan kelenjar atau tisu limfoid yang berperanan membantu sistem pertahanan tubuh (sistem imun) untuk melawan serangan penyakit. Tonsil terletak di dalam bahagian rongga mulut. Fungsi utama tonsil adalah untuk menapis serta memerangkap sebarang jenis bakteria atau virus yang masuk ke dalam rongga mulut melalui aktiviti pernafasan atau pemakanan. Secara amnya, terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut manusia:- 🔶Adenoid – tonsil yang terletak di  pangkal dalam rongga hidung 🔶Lingual tonsil – tonsil yang terletak di pangkal lidah 🔶Palatine tonsil – tonsil yang terletak di bahagian tekak (farinks) Jenis-jenis Tonsil =============== Namun dalam konteks tonsilitis atau bengkak tonsil ini, kita lebih merujuk kepada tonsil yang terdapat di dalam ruangan tekak (farinks) iaitu Palatine Tonsil. Ia lebih mudah dilihat terus dari bukaan mulut. Setiap individu mempunyai 2 biji tonsil di kedua bahagian sisi dinding tekak. Ia juga memp

APA ITU PSORIASIS?

Image
#PENYAKIT KULIT - PSORIASIS . . Definasi ********* Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang. Tanda-tanda ************* Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah : Keguguran sisik pada kulit *************************** Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan. Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza Jenis-jenis psoriasis ********************* - Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok - Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis. - Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis - Lampin psoriasis - Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia boleh menimbulkan kesakitan - G