Posts

Showing posts from 2021

HIDUNG TERSUMBAT SEHINGGA KITA SUSAH NAK BERNAFAS. INI 11 CARA MENANGANINYA DENGAN BERKESAN.

Image
11 CARA LEGAKAN HIDUNG TERSUMBAT DENGAN BERKESAN 1. ELAK HEMBUS HIDUNG DENGAN KUAT Ia akan menyebabkan masalah tersumbat lebih teruk dan membran lembut dalam hidung bertambah radang. 2. PASANG HUMIDIFIER/VAPORIZER Stim yang keluar daripada humidifier/vaporizer membantu mendapatkan tidur yang lena kerana ia membuka ruang pernafasan dengan lebih luas. 3. MANDI AIR PANAS Wap yang keluar daripada haba panas membantu melancarkan pernafasan. Jika tidak mahu mandi, memadai menyedut wap panas. 4. SEDUT WAP PANAS Masak air panas dan masukkan dalam bekas. Sedut wap panas sehingga selesa bernafas. 5. MINUM & MAKAN CECAIR YANG BANYAK Amalkan pengambilan cecair seperti air, sup dan teh herba yang banyak sewaktu hidung tersumbat. Ini kerana ia akan mengurangkan mukus dalam hidung yang menyebabkan hidung tersumbat. 6. TUAM KAWASAN HIDUNG Basahkan tuala dengan air panas dan tekap kawasan batang hidung. Elak letak pada laluan udara. Lakukan berulang kali hingga anda dapat legakan hidung tersumbat d

BETUL KER INDIVIDU YANG ADA RESDUNG MESTI ADA JERAWAT? JOM LIHAT PERKAITANNYA.

Image
Patutlah Individu Yang Ada Resdung Selalu Naik Banyak Jerawat, Ini 3 Kaitannya! Jerawat resdung, antara masalah kulit yang paling kerap di alami kebanyakan individu. Tapi apakah kaitan antara resdung dan kemunculan jerawat pada wajah? Masalah kulit Bagi ramai penghidap resdung, kemunculan jerawat pada wajah selalu menjadi masalah dan aduan mereka. Bayangkan bila Sakit kepala dan hidung berair pun sudah mengganggu, ditambah pula dengan masalah kulit pada muka. Tentunya keadaan ini akan menjejaskan kualiti hidup seseorang. Jerawat yang sering timbul di muka kadangkala bukanlah seperti jerawat biasa yang berlaku. Ia adalah keadaan kulit lain yang mirip seperti jerawat. Kadangkala, masalah kulit yang ada tidak berkaitan dengan resdung yang dialami. Sebaliknya, ia adalah masalah yang berbeza tetapi berlaku pada waktu yang sama. Jadi, apakah kaitan jerawat dengan resdung? Kaitan Jerawat dan Resdung. 1. Alahan Alahan kepada sesuatu mungkin menjadi punca kepada masalah kulit dan jerawat yang b

GATAL HIDUNG DAN KERAP BERSIN. HATI-HATI ANDA MUNGKIN MEMPUNYAI SIMPTOM RESDUNG KRONIK

Image
Penyakit resdung atau alergi rhinitis merupakan sesuatu yang amat lazim di seluruh dunia. Selalunya, pesakit resdung akan mengalami simptom yang seakan-akan demam selesema seperti bersin, gatal-gatal atau mata dan hidung berair. Semua simptom ini akan terjadi sejurus selepas pesakit tersentuh atau terhidu alergen tersebut.   Namun, bukan semua pesakit resdung akan alami simptom yang teruk. Ada pesakit yang hanya mengalami simptom yang ringan. Selalunya, pesakit resdung jenis ini boleh dirawat dengan baik dan efektif.   Walau bagaimanapun, wujud juga pesakit yang mengalami simptom resdung yang teruk dan berkekalan dalam satu tempoh masa yang lama. Antara ciri ciri resdung yang teruk ialah sukar untuk tidur disebabkan alahan yang dihadapi. Akibatnya, mereka mungkin akan rasa tertekan kerana ketidakselesaan yang dialami.   Ciri ciri penyakit resdung yang teruk Semua orang tahu penyakit resdung yang teruk boleh membuatkan hidung jadi tersumbat. Malah, resdung juga bol

4 RONGGA BERKAITAN DENGAN SINUS

Image
APA ITU RESDUNG ? Resdung dalam bahasa perubatannya dipanggil sinusitis. Di bahagian muka kita ini ada 4 rongga kosong yang dipanggil sinus. Pada keadaan normal, lendir yang dihasilkan di rongga sinus ini akan mengalir melalui saluran-saluran kecil ke dalam hidung kita. Tetapi bagi pengidap resdung, mereka ada masalah di rongga sinus ini. Sesuatu telah mengganggu dan menyebabkan lendir di rongga sinus ini tidak dapat mengalir dan terkumpul di bahagian rongga sinus. Akibatnya, berlakunya bengkak pada rongga sinus ini yang disebabkan oleh tekanan dan radang pada bahagian tersebut. Lendir yang terkumpul ini juga boleh mendatangkan risiko lain apabila tidak dirawat. Risiko ini pula bergantung kepada tahap resdung dan di bahagian mana resdung itu berlaku. Apabila resdung tidak dirawat, lendir yang terkumpul di rongga sinus ini sangat ideal sebagai tempat pembiakan kuman bakteria. Pembiakan kuman bakteria pula boleh menyebabkan jangkitan pada rongga sinus. Ini boleh menyebabkan ia bernanah d

HABBATUSSAUDA DI DALAM MINYAK HERBA ASMAK

Image
Salah satu bahan yang terdapat dalam MINYAK HERBA ASMAK ialah HABBATUSSAUDA. Habbatussauda @ Nama saintifiknya Nigella Sativa umumnya sudah diketahui ramai sebagai bijirin yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit. Habbatussauda kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kehebatan jintan hitam ini sudah diakui sejak zaman berzaman, bahkan Nabi Muhammad s.a.w bersabda dalam hadisnya yang bermaksud ; ' Gunalah habbatussauda kerana didalamnya terdapat sejenis ubat yang menyembuhkan pelbagai penyakit kecuali 'as'sam'(mati).' Berikut adalah antara kebaikan HABATUSSAUDA kepada tubuh badan ;- membantu melegakan batuk dan selsema membantu penghidap lelah dan masalah pernafasan memperbaiki dan memperkuatkan fungsi hati membantu mengawal darah tinggi dan hypertension membantu merendahkan kolesterol membantu mengimbangkan paras insulin /gula dalam badan membantu meningkatkan penghasilan susu ibu membantu melancarkan peredara

CARA TANGANI HIDUNG BENGKAK (POLIP NASAL)

Image
Apa yang boleh dibuat untuk merawat & mencegah? Pertama sekali, sila berjumpa doktor untuk diagnosis masalah ini bagi menentukan sama ada ia sinusitis ataupun tidak serta tahap keterukannya. Selepas itu, barulah mulakan langkah untuk merawat dan mencegah masalah ini. Untuk merawat masalah ini daripada terus berlaku… Untuk merawatnya, doktor mungkin akan menyarankan ubatan untuk mencuci rongga hidung jika masih di tahap tidak kronik. Namun harus diingatkan bahawa ubatan ini tidak boleh digunakan lebih daripada 3 hari kerana mungkin wujud kesan sampingan yang lain. Jika sudah teruk, doktor mungkin akan menyarankan anda untuk mengambil antibiotik serta mendapatkan rawatan menggunakan wap. Dalam beberapa kes pula, doktor juga mungkin akan memberikan steroid untuk menyembuhkan kondisi bengkak dalam hidung. Untuk mencegah masalah ini daripada terus berulang… Mungkin tidak wujud sebarang cara khusus untuk mengelakkan jangkitan kuman lantas menyebabkan kebengkakan dalam hidung.