APA ITU PNEUMONIA?
PNEUMONIA merupakan jangkitan pada bahagian paru-paru yang boleh membuatkan anda berasa lemah dan tidak sihat. Ia terdiri dari pelbagai punca termasuklah jangkitan oleh bakteria, virus, fungi atau parasit dan kimua atau kecederaan fizikal kepada paru-paru. Simptom biasa dialami seperti batuk berkahak yang berpanjangan yang teruk, demam panas dan kadang-kadang mengalami kesukaran untuk bernafas. . Bagi kebanyakan pesakit, pneumonia boleh dirawat dirumah dan akan hilang dalam tempoh tiga hingga enam hari. . Penyakit ini sering dialami pada semua peringkat umur dan meruoakan salah satu penyebab kepada kematian utama di kalangan warga tua dan mereka yang mempunyai penyekit kronik. . Langkah-langkah pencegahan penyakit pneumonia ini ialah dengan :- 1. Menguatkan sistem pengimunisasi dalam badan kita. 2. Jauhi diri daripada orang yang sedang sakit. 3. Sentiasa mencuci tangan. Bayangkan berapa banyak benda yang kita sentuh setiap hari. Terutamany...