BEGUK. JANGAN SESEKALI DIPANDANG RINGAN.
Tergerak kali nie nak google mengenai masalah Beguk. Bukan apa, terkejut juga sejak akhir-akhir kedatangan rakan sekelas anak ramai yang cuti disebakan Beguk. Lebih kurang 4 orang yang cuti sakit disebabkan oleh Beguk. Biar betul. Ramai jugak kan untuk satu kelas. Ishhh rasa risau pulak, takut terjangkit kat anak-anak. Beguk nie macam mana yer? Macam mana nak kenal Beguk? Mesti korang tertanya macam mana kan. Menurut portal MyHEALTH yang disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beguk merupakan penyakit yang disebabkan virus Paramyxovirus dan menyebabkan pembengkakan dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Bagaimana ia merebak? Beguk yang juga dikenali sebagai bengkak cantik atau mumps , mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula. Simpto...