PENGALAMAN & TIPS PENJAGAAN ANAK SEMASA DIJANGKITI CHICKEN POX / CACAR AIR
Chicken pox adalah penyakit yang dikenali sebagai cacar air dalam bahasa melayu. Cacar air disebabkan jangkitan kali pertama virus varicella zoster kepada manusia yang berisiko. Kebiasaannya, golongan pada peringkat usia kanak-kanak, remaja dan awal dewasa lebih mudah mendapat cacar air daripada jangkitan itu. Virus varicella zoster boleh menjangkiti melalui sama ada sentuhan secara langsung kepada lepuh air yang pecah ataupun melalui cecair pernafasan. Simptom biasa cacar air adalah ruam pada tubuh. Satu hingga dua hari sebelum ruam pada tubuh muncul, individu mengalami cacar air akan berasa lemah badan, sakit kepala, kurang selera makan dan demam. Ruam muncul di sekitar muka, dada dan belakang tubuh pada awal jangkitan. Ia juga boleh merebak ke seluruh tubuh termasuk dalam mulut, kelopak mata dan kawasan sulit. Ruam berubah menjadi lepuh berisi cecair yang menyebabkan rasa gatal. Lepuh akan pecah dan akhirnya mengering. Kebiasaannya, seminggu diperlukan untuk semua lepuh...