BAGAIMANA SENTUHAN KASIH SAYANG MEMBANTU DALAM PERKEMBANGAN ANAK-ANAK
Mendidik anak dengan ikhlas, bersungguh-sungguh dan penuh kasih sayang kerana ia akan memberi kesan psikologi yang dalam kepada anak. Anak-anak yang dibesarkan dengan kasih sayang akan membesar diiringi perkembangan emosi yang stabil . Malah anak-anak lebih cenderung mentaati dan menghormati ibu bapa yang menggunakan pendekatan yang sedemikian. Sebuah hadis Rasulullah s.w.t. bermaksud: “ Sesiapa yang tidak menyayangi manusia, maka dia tidak akan disayangi oleh Allah ” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Anak perlu dibesarkan melalui kasih sayang lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Peringkat remaja merupakan fasa yang kritikal kerana banyak pengaruh luar sedang menarik perhatian mereka. Menurut kajian, persekitaran dan rakan lebih berpengaruh berbanding ibu bapa pada usia remaja. Oleh itu Ibu bapa perlu menzahirkan kasih sayang tetapi hendaklah dalam bentuk yang sesuai, dan bukan dengan kebendaan semata-mata bagi meraih...