ASMA'UL l HUSNA , MAKSUD & KHASIATNYA
Bahawasanya Allah SWT mempunyai 99 nama. Barang siapa menghafalnya nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis Riwayat Imam Bukhari) Allah SWT mempunyai asma'ul husna (nama-nama yang indah) maka memohonlah kepada Nya dengan menyebut asma'ul husna. (Surah Al A'raf, ayat 180) Sesungguhnya di sebalik setiap nama dalam asma'ul husna terdapat keistimewaan yang sangat dalam dan luas yang berada di luar jangkauan akal manusia. Allah SWT akan memakbulkan keinginan hamba yang berdoa dan berzikir dengan nama Nya sesuai dengan keistimewaan yang terkandung di dalam nama tersebut. (apabila berzikir dengan nama-nama Allah hendaklah dibaca, contohnya Ar Rahman dibaca yaa Rahman. Ar Rahim dibaca yaa Rahim, Al Malik dibaca yaa Malik dan seterusnya) YA ALLAH Ya Allah, Lafzhul Jalalah. Nama yang Maha Agung dan Mulia, pemilik semua pujian. Apabila dizikirkan 500x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang be...