LAMPIN KAIN VS LAMPIN PAKAI BUANG
Bab ini dah lama menjadi topik pendebatan antara ibu bapa sehinggalah ke hari ini. Masing-masing punya pandangan dan pendapat sendiri mengenai hal ini. Harini saya nak share sikit mengenai perkara ini yang dah lama jadi pendebatan antara ibu bapa. Mereka yang memilih lampin kain berhujah bahawa ianya kurang mahal dan sesetengah merasakan bahawa lampin kain kurang menyebabkan ruam lampin. Juga, lampin pakai buang mempunyai pelapik plastik yang tidak boleh reput, manakala lampin kain boleh dikitar semula, sekali gus mengurangkan impak ke atas tanah kambus kita. Perkara ini elok difikirkan dengan teliti sebelum bayi anda dilahirkan, tetapi sedarilah yang anda mungkin bertukar fikiran, oleh itu janganlah membeli terlalu banyak lampin yang mahal. Fikirkan tentang isu-isu praktikal seperti sama ada anda mempunyai mesin basuh dan mungkin juga mesin pengering (ya, walaupun di Malaysia di mana matahari sentiasa memancar, ada kemungkinan kita tidak banyak mendapat matahari semasa jereb...