10 TIPS MUDAH MEMBENTUK PERIBADI TERPUJI DAN SAHSIAH ANAK-ANAK
Sebagai Ibu bapa pastinya ingin menjadi ibu bapa terbaik untuk anak-anak kan? Hati bunga-bunga apabila anak-anak menempatkan diri kita dijadikan hero di mata dan hati mereka. Tahukah semua, Sebenarnya kita semua mampu menjadi ibu bapa yang hebat. Kunci utama adalah dengan sentiasa perbaiki diri dan tidak jemu menambah ilmu. Bagaimanapun, sebagai ibu bapa kita juga tak terlepas dari melakukan kesilapan di depan anak-anak. Nak sama-sama mencipta kebahagiaan, amalkan tip menjadi ibu bapa terbaik untuk membentuk sahsiah anak-anak dari Prof Dr Muhaya. 10 Tips Cara Mudah Membentuk Akhlak dan Sahsiah Anak dari Prof Dr. Muhaya. 1) Kalau Tiba-tiba Teringatkan Anak,Kirimkan Bacaan Al-Fatihah. Apabila sampai kepada ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang bermaksud “Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan” Mintalah apa-apa sahaja ha...