Posts

Showing posts from July, 2021

HIDUNG TERSUMBAT SEHINGGA KITA SUSAH NAK BERNAFAS. INI 11 CARA MENANGANINYA DENGAN BERKESAN.

Image
11 CARA LEGAKAN HIDUNG TERSUMBAT DENGAN BERKESAN 1. ELAK HEMBUS HIDUNG DENGAN KUAT Ia akan menyebabkan masalah tersumbat lebih teruk dan membran lembut dalam hidung bertambah radang. 2. PASANG HUMIDIFIER/VAPORIZER Stim yang keluar daripada humidifier/vaporizer membantu mendapatkan tidur yang lena kerana ia membuka ruang pernafasan dengan lebih luas. 3. MANDI AIR PANAS Wap yang keluar daripada haba panas membantu melancarkan pernafasan. Jika tidak mahu mandi, memadai menyedut wap panas. 4. SEDUT WAP PANAS Masak air panas dan masukkan dalam bekas. Sedut wap panas sehingga selesa bernafas. 5. MINUM & MAKAN CECAIR YANG BANYAK Amalkan pengambilan cecair seperti air, sup dan teh herba yang banyak sewaktu hidung tersumbat. Ini kerana ia akan mengurangkan mukus dalam hidung yang menyebabkan hidung tersumbat. 6. TUAM KAWASAN HIDUNG Basahkan tuala dengan air panas dan tekap kawasan batang hidung. Elak letak pada laluan udara. Lakukan berulang kali hingga anda dapat legakan hidung tersumbat d

BETUL KER INDIVIDU YANG ADA RESDUNG MESTI ADA JERAWAT? JOM LIHAT PERKAITANNYA.

Image
Patutlah Individu Yang Ada Resdung Selalu Naik Banyak Jerawat, Ini 3 Kaitannya! Jerawat resdung, antara masalah kulit yang paling kerap di alami kebanyakan individu. Tapi apakah kaitan antara resdung dan kemunculan jerawat pada wajah? Masalah kulit Bagi ramai penghidap resdung, kemunculan jerawat pada wajah selalu menjadi masalah dan aduan mereka. Bayangkan bila Sakit kepala dan hidung berair pun sudah mengganggu, ditambah pula dengan masalah kulit pada muka. Tentunya keadaan ini akan menjejaskan kualiti hidup seseorang. Jerawat yang sering timbul di muka kadangkala bukanlah seperti jerawat biasa yang berlaku. Ia adalah keadaan kulit lain yang mirip seperti jerawat. Kadangkala, masalah kulit yang ada tidak berkaitan dengan resdung yang dialami. Sebaliknya, ia adalah masalah yang berbeza tetapi berlaku pada waktu yang sama. Jadi, apakah kaitan jerawat dengan resdung? Kaitan Jerawat dan Resdung. 1. Alahan Alahan kepada sesuatu mungkin menjadi punca kepada masalah kulit dan jerawat yang b

GATAL HIDUNG DAN KERAP BERSIN. HATI-HATI ANDA MUNGKIN MEMPUNYAI SIMPTOM RESDUNG KRONIK

Image
Penyakit resdung atau alergi rhinitis merupakan sesuatu yang amat lazim di seluruh dunia. Selalunya, pesakit resdung akan mengalami simptom yang seakan-akan demam selesema seperti bersin, gatal-gatal atau mata dan hidung berair. Semua simptom ini akan terjadi sejurus selepas pesakit tersentuh atau terhidu alergen tersebut.   Namun, bukan semua pesakit resdung akan alami simptom yang teruk. Ada pesakit yang hanya mengalami simptom yang ringan. Selalunya, pesakit resdung jenis ini boleh dirawat dengan baik dan efektif.   Walau bagaimanapun, wujud juga pesakit yang mengalami simptom resdung yang teruk dan berkekalan dalam satu tempoh masa yang lama. Antara ciri ciri resdung yang teruk ialah sukar untuk tidur disebabkan alahan yang dihadapi. Akibatnya, mereka mungkin akan rasa tertekan kerana ketidakselesaan yang dialami.   Ciri ciri penyakit resdung yang teruk Semua orang tahu penyakit resdung yang teruk boleh membuatkan hidung jadi tersumbat. Malah, resdung juga bol

4 RONGGA BERKAITAN DENGAN SINUS

Image
APA ITU RESDUNG ? Resdung dalam bahasa perubatannya dipanggil sinusitis. Di bahagian muka kita ini ada 4 rongga kosong yang dipanggil sinus. Pada keadaan normal, lendir yang dihasilkan di rongga sinus ini akan mengalir melalui saluran-saluran kecil ke dalam hidung kita. Tetapi bagi pengidap resdung, mereka ada masalah di rongga sinus ini. Sesuatu telah mengganggu dan menyebabkan lendir di rongga sinus ini tidak dapat mengalir dan terkumpul di bahagian rongga sinus. Akibatnya, berlakunya bengkak pada rongga sinus ini yang disebabkan oleh tekanan dan radang pada bahagian tersebut. Lendir yang terkumpul ini juga boleh mendatangkan risiko lain apabila tidak dirawat. Risiko ini pula bergantung kepada tahap resdung dan di bahagian mana resdung itu berlaku. Apabila resdung tidak dirawat, lendir yang terkumpul di rongga sinus ini sangat ideal sebagai tempat pembiakan kuman bakteria. Pembiakan kuman bakteria pula boleh menyebabkan jangkitan pada rongga sinus. Ini boleh menyebabkan ia bernanah d