Posts

Showing posts with the label MinyakViral

BISA SEMUT CHARLIE😖

Image
Jika korang terlihat serangga kecil yang secara zahirnya kelihatan seperti semut, tetapi mempunyai badan berbelang berwarna hitam merah. Sebaiknya ,kita kena lebih berhati-hati dengan serangga ini kerana ia mempunyai bisa dan sangat berbahaya. Semut Charlie atau nama saintifiknya Staphylinidae hanya bersaiz kecil, namun serangga ini mampu memberi kesan yang teruk kepada manusia sekiranya terkena bisanya. Toksin Semut Charlie dikatakan 12 kali ganda lebih berbisa berbanding bisa ular tedung (Cobra). Gigitan semut itu boleh memberi kesan seperti bengkak, sakit dan gatal terutama kepada kanak-kanak.  Untuk info lebih , jemput baca gambar yang Kak Siti save dibawah. Info macam ni, sedikit sebanyak kita kenalah amik tau.    Teringat terbaca testimoni customer , bayi nya berusia 4 bulan terkena gigitan Semut Charlie. Allahuakbar. Kesiannya. Tak dapat bayangkan keperitan bayi sekecil tu. Ibunya cuba ikhtiar dengan Minyak Herba Asmak je. Asalnya, cuma nak elakkan ubat disapu kat ...

TANDA ANAK ANDA KERACUNAN

Image
Peringkat kanak-kanak ni mereka lebih gemar meneroka sesuatu benda itu dengan memasukkannya ke dalam mulut. Perkara sebegini amat merisaukan ibu bapa sebab kadang-kadang mereka tak perasan anak mereka berbuat sedemikian. Berikut merupakan tanda-tanda sekiranyan anak anda mengalami keracunan akibat tertelan benda beracun: 💀 Mengantuk 💀 Muntah 💀 Cirit birit 💀 Sakit perut 💀 Demam 💀 Sakit kepala 💀 Pernafasan tidak teratur 💀 Hilang selera makan 💀 Sukar menelan 💀 Air liur meleleh 💀 Ruam kulit 💀 Bibir dan kulit menjadi biru 💀 Sawan 💀 tidak sedarkan diri Anda sebagai ibu bapa jangan sesekali letak dikawasan rendah bahan-bahan yang merbahaya kepada anak anda. Sentiasa pastikan rumah anda kemas dan bersih ya 😊 #InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

ULSER MULUT : PUNCA DAN CARA MERAWAT

Image
. Apa itu ulser mulut? Ulser mulut adalah luka kecil di dalam bahagian mulut yang sangat sakit dan ia mengambil masa beberapa hari untuk sembuh. Selalunya ia mempunyai permukaan yang lebih cerah berbanding permukaan mulut yang biasa. . Punca Ulser Mulut👄 Terdapat beberapa faktor dan punca yang menyebabkan ulser mulut berlaku. Ianya adalah: 😧 Luka pada bahagian mulut disebabkan gosok gigi dan juga tergigit 😧 Mulut yang sensitif kepada makanan yang berasid seperti strawberi, limau, dan nanas 😧 Kurang vitamin terutamanya vitamin B12, Folate dan zat besi 😧 ‘dental braces’ 😧 Jangkitan bakteria, virus ataupun kulat 😧 Jangkitan virus yang menyebabkan penyakit kaki, tangan dan mulut juga boleh menyebabkan masalah ini. Kanak-😧 kanak terutamanya selalu menghadapi masalah ini. . Ulser di dalam mulut juga mungkin menjadi salah satu tanda individu tersebut mempunyai penyakit yang lebih teruk seperti: 👄 Keradangan usus (Inflammatory bowel disease) 👄 Kencing manis 👄 ...

TIPS HALAU NYAMUK SECARA SEMULAJADI

Image
Cara Semulajadi Untuk Halau Nyamuk Dari Tempat Tidur Anak . Nyamuk di dalam rumah memang jadi masalah besar, lagi-lagi jika ada anak kecil di rumah. Silap-silap kita pun tak tidur malam jadinya. Nak guna ridsect, risau pula kut-kut ada kesan jangka masa panjang kepada kesihatan kita. Tak semua bahan kimia tu selamat. . Nak halau nyamuk dengan semulajadi ada beberapa cara. Di bawah ni adalah antara cara-caranya. . ✅*Hirisan kulit limau* – Nyamuk memang anti dengan aroma yang keluar dari kulit limau. Hiris dan bungkus dalam kain berjaring seperti bunjut, dan gantung di tempat yang sinonim dengan nyamuk. Contohnya di bawah kalit atau celah almari. ✅*Kapur barus* – Perasan tak, almari yang diletak ubat gegat atau kapur barus, biasanya nyamuk tak berani masuk. Jadinya, ambil kapur barus dan letak di tempat yang strategic. ✅*Ais kering* – Cara ini agak memakan masa, tapi sangat efektif. Nyamuk tertarik dengan gas karbon dioksida yang kita hembus dari nafas. Ambil ais kering...

ASMA ATAU PNEUMONIA. SAMA KER?

Image
Macam Mana Nak Bezakan Asma Dengan Pneumonia? . Ramai yang keliru pasal ni. Susah juga ni. Saya cuba ringkaskan seboleh yang mungkin ya. . Beberapa symptom asma sama dengan symptom pneumonia. Contohnya, sesak nafas, batuk, dan peningkatan kadar denyutan jantung. . Kalau tengok kepada ‘punca’ pula, pneumonia ni disebabkan oleh jangkitan. Manakala asma pula ada banyak punca, contohnya genetik (keturunan), pekerjaan dan sebagainya. . Orang yang ada asma, boleh ada pneumonia. Tapi orang yang ada pneumonia, tak semestinya akan ada asma. . Mereka yang ada asma, biasanya takkan disertai demam. Tapi mereka yang ada pneumonia, boleh jadi mereka akan demam dengan suhu yang tinggi. . . #infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak

SAYA ADA ASMA. BOLEH KAH SAYA BERSUKAN?

Image
Ada Asma, Masih Boleh Bersukan Ke? . Bila dilihat, asma dan aktiviti sukan nampak macam tak boleh duduk semeja, baring sekatil. Tak kena pada pandangan logik di mata kita. Tak takut sesak nafas ke semasa bersukan? . Tapi, anda silap. . Ada ramai ahli sukan yang mempunyai asma walaupun mereka aktif bersukan. Malah, ada antara mereka yang berjaya memecahkan rekod walaupun hidup dengan kekurangan tersebut. Siapakah mereka? . 🏐*Jackie Joyner-Kersee* – Beliau merupakan seorang pemain bola jarring yang terkemuka. Beliau memenangi 3 pingat emas dan 1 perak walaupun ketika itu jurulatihnya tidak tahu mengenai asma yang dihidapi. 🏊‍♀*Amy Van Dyken* – Beliau adalah seorang atlet renang, sukan yang memerlukan atletnya menahan nafas. Nampak macam mustahil kan? Namun Amy berjaya memenangi 6 pingat emas di dalam 2 sukan olimpik yang berasingan. 🏊‍♂*Tom Dolan* – Kes Tom adalah lebih unik berbanding yang lain. Beliau mempunyai salur pernafasan yang agak cacat, iaitu sempit. Namun, su...

HINGUS ASIK MELELEH SAHAJA. TAK SELESA BETULL. JOM CUBA CARA MUDAH HILANGKAN HINGUS DENGAN SEKALIGUS.

Image
Seharian asik sok sek sok sek? Hisshhh Rimas betul dengan situasi hidung berair ni. Kepala dah naik pening, penangan non stop bersin dari subuh hingga ke malam hari. Kalo gini gayanya, confirm Happy Mood of the day habis bertempiran lari. Korang nak tau tak tips untuk menghilangkan hingus yang banyak itu? Kak Siti memang baik hati nak share tips banyak-banyak dengan korang. Cara Mudah Hilangkan Hingus Dengan Sekaligus. Bila hingus dah terlalu banyak dalam hidung, of coz korang rasa tak selesa kan. Nak tahu tak teknik untuk hilangkan hingus dengan mudah tanpa apa-apa peralatan? Mudah je. Caranya, baring dengan terlentang di atas katil, dengan kepala di pinggir katil. Seluruh badan dari bahu sehingga ke kaki berada di atas katil. Cuma kepala saja di luar katil. Pastikan kepala lebih rendah dari badan. Bila anda berbuat begitu selama beberapa saat (cuba buat selama 30-45 saat), anda akan dapat rasa cecair di dalam hidung turun secara perlahan-lahan. Bila dah dap...