Posts

Showing posts with the label hilang selera makan

TANDA ANAK ANDA KERACUNAN

Image
Peringkat kanak-kanak ni mereka lebih gemar meneroka sesuatu benda itu dengan memasukkannya ke dalam mulut. Perkara sebegini amat merisaukan ibu bapa sebab kadang-kadang mereka tak perasan anak mereka berbuat sedemikian. Berikut merupakan tanda-tanda sekiranyan anak anda mengalami keracunan akibat tertelan benda beracun: 💀 Mengantuk 💀 Muntah 💀 Cirit birit 💀 Sakit perut 💀 Demam 💀 Sakit kepala 💀 Pernafasan tidak teratur 💀 Hilang selera makan 💀 Sukar menelan 💀 Air liur meleleh 💀 Ruam kulit 💀 Bibir dan kulit menjadi biru 💀 Sawan 💀 tidak sedarkan diri Anda sebagai ibu bapa jangan sesekali letak dikawasan rendah bahan-bahan yang merbahaya kepada anak anda. Sentiasa pastikan rumah anda kemas dan bersih ya 😊 #InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

APA ITU TONSIL?

Image
Tonsil terdiri daripada sekumpulan kelenjar atau tisu limfoid yang berperanan membantu sistem pertahanan tubuh (sistem imun) untuk melawan serangan penyakit. Tonsil terletak di dalam bahagian rongga mulut. Fungsi utama tonsil adalah untuk menapis serta memerangkap sebarang jenis bakteria atau virus yang masuk ke dalam rongga mulut melalui aktiviti pernafasan atau pemakanan. Secara amnya, terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut manusia:- 🔶Adenoid – tonsil yang terletak di  pangkal dalam rongga hidung 🔶Lingual tonsil – tonsil yang terletak di pangkal lidah 🔶Palatine tonsil – tonsil yang terletak di bahagian tekak (farinks) Jenis-jenis Tonsil =============== Namun dalam konteks tonsilitis atau bengkak tonsil ini, kita lebih merujuk kepada tonsil yang terdapat di dalam ruangan tekak (farinks) iaitu Palatine Tonsil. Ia lebih mudah dilihat terus dari bukaan mulut. Setiap individu mempunyai 2 biji tonsil di kedua bahagian sisi dinding tekak. Ia juga ...