Posts

Showing posts with the label anak bawah 2 tahun

KENALPASTI ANAK KITA MENGALAMI BATUK JENIS APA.

Image
Kenalpasti jenis batuk anak anda supaya anda tahu perkara apa yang perlu dilakukan dan sama ada perlu untuk berjumpa doktor. Meh Kak Siti sharekan tips. SitiKadir  Stokis Asmak Putrajaya .  Pengedar Sah Mhamsb   0197582312

ANAK TANTRUM : JANGAN GELABAH

Image
Kanak-kanak ni kadang-kadang susah kita nak ramal perangai dia. Kejap okay kejap tak lepastu okay balik. Bila tak okay dia mula keluar tantrum dia. Habis semua benda dia lempar dia sepahkan. Sebagai ibu bapa, saya minta anda jangan cepat melenting. Lagi anda melenting lagi dia menjadi-jadi. Menurut Dr Harlina Bahar, Pakar Perunding Psikitiari Kanak-Kanak & Remaja tantrum biasa terjadi pada pada kanak-kanak yang berumur 18-48 bulan. Bila anak sedang tantrum, perkara pertama anda kena buat ialah bawa bertenang. Kalau anda pun tak sabar lepastu melenting benda ni akan memburukkan lagi keadaan. Antara perkara yang anda boleh try untuk redakan tantrum anak anda ialah : ✅ Kena tahu punca kenapa anak anda mengamuk ✅ Sibukkan anak anda dengan sesuatu ✅ Alihkan perhatian mereka dengan tunjukkan video kesukaan mereka atau apa sahaja. ✅ Jangan layan tantrum anak. Anda kena bertenang sebab lama-lama mereka akan diam sendiri. ✅ Dengar apa yang anak anda nak cakap atau luah kan. Ja...
Image
Haaaa Penatnyaaa. . Mama dah pancit ni. Si kembar masih ada kuasa SUPER SAIYA lagi. Dari tadi puas mama dok ulik2, supaya tido tapi tak nak tido. Siap main kejar-kejar lagi. Hahaha. Mama rasa nak pengsan berkali-kali, bila anak mengembah habis rak buku atuk, main tangga, panjat sana, panjat sini. Alamakkk habisss la bila nenek tengok ni.😱 Macam mana ni. Kalo sorg, sempat nak jugak tengok. Tapi dah datangnya berdua. Makin double trouble jadinya. Mama siap kemas yang A. Bila nak kemas yg B, datang sorang lagi kembah balik yang A. Ishhhh Tak leh jadi ni. Kena ajak tido jugak ni. Dari lagu beruang sampai ler lagu twinkle2 little star. Ish ish ish. Haaaa, Tak mau tido. Lagi seronok gelak ada lah. Mama Tau ler suara mama merdu gilerr. Kalo wat album, Dato Aliff pun xleh cara makan taw.😝 Teringat kat #Essential #Oil #Asmak #Baby #Care . Sesuai untuk terapi anak tido. WANGI. Ermmm Try jer la. Mana tahu leh lelap. Lepas sapu seluruh badan, especially tapak kaki. Ai...

KALAU SAYA NAK JUGA PAKAI BUAIAN SARUNG MACAM MANA ?

Image
Benda ni biasa dikalangan ibu-ibu diluar sana nak pula ada ibu diluar sana tak mampu nak beli buaian moden. Jika nak pakai buaian sarung pastikan anda mengikut langkah ini : ✅ Letakkan tilam gulung atau alas katil yang tegap bawah buaian sarung supaya jika bayi anda jatuh, dia tidak akan terhentak ke lantai. ✅ Sentiasa letakkan bayi anda di dalam buaian sarung dalam keadaan menelentang dan bukan meniarap. ✅ Laraskan ketinggian rangka atau kepanjangan spring supaya buaian sarung seberapa dekat ke lantai yang boleh. ✅ Semakin bayi anda membesar, pastikan berat tambahannya tidak menarik buaian sarung jauh ke bawah supaya kepalanya tidak terkena ke lantai apabila dibuai. ✅ Jangan letakkan sebarang bantal, selimut atau alas katil yang lain dalam buaian sarung. Jika anda mahu menggantungkan buaian sarung pada rangka boleh lipat, dapatkan rangka empat segi yang yang stabil dan tegap, berbanding dengan yang menggantung buaian sarung pada rangka tiga segi (ini kurang stabil dan lebi...

KHATAN BAYI PEREMPUAN : APA YANG DIPOTONG ?

Image
Mengkhatan bayi perempuan, atau istilah yang lebih tepat iaitu khifad, adalah amalan biasa bagi masyarakat Melayu Islam di negara ini. Secara amnya, ia merupakan satu prosedur yang selamat dan tidak menyakitkan serta tidak menjejaskan perkembangan bayi. Menurut pakar BabyCenter, Profesor Dr Nik Hazlina Nik Hussain, khifad melibatkan pemotongan sebahagian kecil daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing, iaitu pada bahagian kelentit atau klitoris. Kaedah yang betul adalah hanya dengan membuang prepuce atau lebihan kulit pada bahagian klitoris sahaja dan tiada jahitan dilakukan pada kemaluan, malah prosesnya juga sangat ringkas dan sepatutnya tidak menyakitkan. Menurut Profesor Dr Nik Hazlina lagi, lazimnya di Malaysia, kanak-kanak perempuan dikhatankan semasa mereka bayi lagi untuk mengelakkan rasa malu. Waktu yang paling sesuai ialah sebelum bayi tersebut mencapai usia setahun, iaitu sebelum bayi boleh berjalan. Malah, ramai juga kanak-kanak perempuan yang dikhatank...

SAKITNYERR PAYU DARA MEMBENGKAK

Image
Setiap ibu-ibu yang lepas bersalin pasti merasa perkara sebegini. Ada yang sampai demam bila menghadapi perkara begini. Tak perlu risau sebab benda ni hanyalah sementara sahaja. Apa punca payudara bengkak dan sakit ni ? 🤔 Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi anda. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? Payudara yang penuh dan bengkak. Bukan semua ibu baru mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar. Sesetengah wanita mendapati buah dada mereka hanya menjadi lebih penuh sedikit, tetapi sesetengah yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras. Walaupun begitu, payudara bengkak sepatutnya hanya keadaan yang sementara sahaja. Selagi bayi anda melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang mungkin, bengkak anda akan cepat reda. #InfoByMhamsb #MinyakHerb...

KALAU SAYANG ANAK, SIMPAN ELOK-ELOK BAHAN BERBAHAYA

Image
Kalau dah start ada anak kecil, anda perlu pastikan rumah sentiasa kemas dan bersih bukannya macam tongkang pecah dah. Jangan ambil mudah tentang semua benda. Kadang benda macam ni boleh meragut nyawa anak anda. Antara tips untuk anda elakkan perkara sebegini berlaku : ✅ Semak semula semua bahan-bahan berbahawa dalam rumah anda. Pastikan semuanya dilabelkan dengan jelas dan jauh dari capaian anak anda. ✅ Kuncikan almari dan laci di mana anda menyimpan bahan-bahan berbahaya ini. Atau anda boleh letakkannya dalam kabinet besar atau kotak yang berkunci, dan simpan di mana anak anda tidak dapat mencapainya. Jangan letakkan bahan-bahan ini dalam almari atau kotak yang tidak berkunci, walaupun di tempat yang tinggi. Jika anak anda sudah berjalan, dia mungkin boleh memanjat kerusi untuk mencapai almari yang tinggi itu. ✅ Jangan tinggalkan ubat di dalam bilik sebagai peringatan untuk anda mengambilnya. Sebaliknya tulis peringatan itu untuk diri sendiri. ✅ Jangan bawa ubat dalam p...

WALKER BABY : PERLU ATAU TAK YA ?

Image
Walker baby sudah jadi benda wajib dikalangan ibu bapa. Katanya senang nak pantau tak nak bagi anak berjalan merata dalam rumah tu. ANDA SILAP Pakar-pakar keselamatan dan kesihatan sangat tidak menggalakkan penggunakan walker bayi, kerana jumlah kemalangan dan kecederaan yang diakibatkan olehnya adalah tinggi. Walker bantu berjalan adalah berbahaya kerana ia memberi bayi kelajuan dan ketinggian tambahan serta akses kepada benda-benda yang membahayakan. Di Kanada, penjualan walker bayi telah diharamkan sejak tahun 2004. Kebanyakan kecederaan disebabkan kejatuhan apabila walker tertonggeng dan bayi terpelanting jatuh ke bawah tangga atau merempuh perabot, alat pemanas elektrik atau ketuhar. Walker tidak membantu bayi belajar berjalan. Sebaliknya, menggunakannya dengan berlebihan mungkin akan merencatkan sedikit perkembangan bayi. Bayi perlu meniarap, merangkak, duduk dan bermain atas lantai, untuk membolehkan dia mencapai tahap-tahap utama dalam perkembangannya. Adalah lebih b...

BAGAIMANA NAK MENCARI PENGASUH YANG BERKUALITI

Image
PENGASUH : CIRI-CIRI PENGASUH YANG BAIK Bagi ibu bapa yang mempunyai kerjaya sudah pasti mereka menghadapi kekangan masa untuk menjaga anak mereka. Nak tak nak mereka perlu mengupah pengasuh. Nak upah pengasuh ni bukan mudah sebab kita tak tahu latar belakang dia macam mana nak pulak banyak kes penderaan yang melibatkan pengasuh diluar sana. Hari ni saya akan share tips mengenali pengasuh yang baik. ✅ Reputasi yang baik ✅ Melayan anak anda seperti anak sendiri ✅ Tegas tapi adil ✅ Mempunyai aktiviti yang banyak untuk dilakukan bersama anak anda ✅ Suka kanak kanak ✅ Rumah yang bersih dan persekitaran yang selamat Seperti yang kita ketahui, menjaga kanak-kanak ataupun bayi sepanjang hari adalah tugas yang meletihkan, dan ia harus dilakukan hanya oleh mereka yang komited pada setiap aspek perkembangan kanak-kanak termasuk emosi, sosial dan intelektual. Buat pilihan dengan bijak ! #InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

KENAPA KITA TIDAK BOLEH BAGI UBAT BATUK dan SELSEMA PADA BAYI BAWAH 2 TAHUN?

Image
Ini adalah sebabnya.. “ Risaunya, hampir 2 minggu batuk anak ni masih tak berkurang. Keadaannya nampak kian lemah dan nak demam pula. Kasihan betul tengok. Tapi, orang kata tak ada pun ubat batuk bayi bawah 2 tahun. Kenapa ya? Habis tu, macam mana nak sihat?” Hanya ibu bapa yang akan faham betapa susahnya menguruskan anak kecil yang mengalami demam, batuk, dan selsema. Tak dinafikan ia bukanlah penyakit serius, namun ramai ibu bapa yang terpaksa berjaga malam dan kehabisan tenaga dalam proses menanganinya. Mana tidaknya, anak kecil pasti tidak dapat bernafas dan mengalami kesukaran untuk tidur dengan selesa sekiranya hidung mereka tersumbat. Sebagai ibu bapa, tentulah kita akan berasa tak senang duduk dan mula mencari pelbagai ikhtiar untuk menyembuhkan mereka secepat mungkin. Walau apa pun yang anda usahakan, pastikan anda tidak memberi ubat kepada bayi KECUALI ianya dipreskripsikan oleh doktor atas sebab-sebab yang khusus. Tahukah anda terdapat '5 BAHAYA UBAT SELSEM...