CARA MEMBEDUNG BAYI
Membedung ialah kaedah zaman dahulu di mana bayi dibungkus dengan kemas untuk membantunya merasa selamat dan terjaga. Membedung bayi boleh mengelakkannya daripada terganggu oleh refleks penyentakan badannya sendiri. Anda mungkin pernah nampak bayi anda tersentak-sentak kecil ketika dia tidur. Sentakan badan ini adalah refleks sentakan (kejutan hipnagogik) dan ia adalah normal. Jika anda mahu cuba membedung bayi anda, pastikan dia tidak lapar atau basah sebelum anda bermula. Pastikan muka dan kepalanya tidak tertutup supaya dia boleh bernafas dengan mudah dan tidak terlalu panas. Jika bayi anda dibedung, dia mungkin tidak memerlukan selimut lagi. Berikut merupakan tips membedung si comel anda dengan sempurna : #InfoByMhamsb ✅ Letakkan sehelai kain benang kapas atas satu permukaan yang rata dan lipatkan sudut di sebelah kanan kira-kira 15cm ke bawah. ✅ Baringkan bayi dengan meletakkan kepalanya atas lipatan tadi. ✅ Tarik sudut terdekat dengan tangan kirinya, sambil men...