Posts

Showing posts with the label jangkitan kuman pada paru-paru

APA ITU KLEBSIELLA?

Image
Kalau saya sebut Klebsiella apa yang bermain difikiran anda semua? Tahu tak apa benda Klebsiella ni ? Mostly mungkin tak berapa familiar sangat dengan perkataan ni. Kalau nak tahu Klebsiella  merupakan sejenis bakteria yang sangat bahaya dimana ia mampu membiak dengan pantas dan boleh merosakkan tubuh badan manusia. Bakteria ni akan aktif bila sistem imun badan kita lemah dan mampu membiak 2x ganda. Bakteria ni jenis yang sado sebab mampu hidup dalam usus manusia, saluran pernafasan dan juga kulit bertahun lamanya. Bakteria ni tersangatlah ganas sebab bila sistem imun manusia lemah ia akan menyerang habis  paru-paru, saluran kencing, ke dalam darah, ke dalam tisu sendi, membran mukus kelopak mata dan membran otak, menyebabkan proses keradangan yang kuat. Siapa yang senang kena jangkitan bakteria ini ?. Kalau nak tahu bakteria ini selalu menyerang bayi, kanak-kanak dan orang tua tapi orang dewasa tidak terlepas dari serangan bakteria ini. Macam saya bagitahu tadi ...

APA ITU PNEUMONIA?

Image
Bila tengok anak anda terseksa untuk bernafas mesti rasa sedih dan tak senang duduk. Nak masak pun tak senang, nak tidur pun tak senang mengenangkan keadaan anak. Tahu tak kenapa anak anda jadi begitu?. Bila anak anda mengalami situasi macam tadi, itu bermakna anak anda mengalami Pneumonia. Pneumonia ni kalau anda nak tahu merupakan jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik. Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru. Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang ...