TIPS TANGANI SUSU BADAN DROP KETIKA BERPUASA.
“Risaunya kalau susu badan drop masa berpuasa nanti. Dahlah masa tu cepat lapar dan selalu haus, larat ke aku nak puasa nanti? Cukup tak susu untuk anak aku nanti” Menurut FiqhMedic, penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan tiada kesan yang signifikan terhadap pengurangan susu ibu semasa berpuasa di bulan Ramadhan. Ini kerana, secara automatiknya badan wanita yang menyusukan bayi akan membuat beberapa penyesuaian metabolik semasa berpuasa untuk memastikan agar pengeluaran susu ibu tidak terganggu. Ish jangan risau. Apa kata cuba tips ni. Berikut adalah beberapa tips yang boleh dilakukan oleh ibu menyusu sepanjang bulan Ramadhan agar bekalan susu sentiasa berkualiti dan mencukupi. 8 TIPS ‘MAINTAIN’ SUSU BADAN SEMASA BERPUASA 1. MINUM AIR SECUKUPNYA Dari segi pemakanan, pengambilan air yang mencukupi amatlah penting. Ia membantu organ dalaman untuk berfungsi dengan baik sekaligus memastikan kelancaran proses penghadaman, pencernaan makanan, serta produksi susu badan. ...