BETUL KER ASMA TAK BOLEH BERSUKAN?

"AKU ADE ASMA LAH MALAS AKU NAK BERSUKAN"


Siapa kata orang yang ada asma ni tak boleh bersukan?. Boleh je sebenarnya nak bersukan even anda seorang penghidap asma. Dekat dunia ni ramai je atlit yang menghidapi asma tapi boleh berjaya dalam dunia sukan seperti :

✅ Amy Van Dyken - Perenang Olimpik USA ( Pemenang 4 kali pingat emas Athen)
✅ Paula Radcliffe - Atlit Marathon Dunia
✅ Dennis Rodman - Pemain Bola Keranjang

Kalau nak tahu kita pun ada atlit yang power dipentas dunia dimana beliau juga merupakan penghidap asma. Beliau ialah Phoon Eyin iaitu atlit wushu Malaysia. Beliau sendiri tak sangka boleh pergi sampai ke peringkat antarabangsa sedangkan tujuan dia join wushu hanya untuk menguatkan badannya saja.

“Keluarga beranggapan sukan wushu alternatif terbaik untuk menguatkan tubuh saya. Saya juga menyertainya sekadar untuk suka-suka dan menganggapnya hanya sebagai senaman biasa. Lama kelamaan, penyakit asma saya kian pulih dan timbul minat untuk lebih mendalami sukan wushu kerana saya tertarik dengan seni, kelembutannya dan ketegasan yang ada dalam sukan ini. " kata Phoon Eyin

Beliau adalah antara penyumbang pingat buat skuad wushu negara apabila meraih dua pingat perak menerusi acara jianshu wanita dan qiangshu wanita sekali gus memperbaiki pencapaian satu perak dan satu gangsa pada temasya Sukan SEA 2015 di Singapura.

So takde sebab bagi anda yang mempunyai asma untuk tak aktif dalam sukan. Sentiasa berjumpa doktor untuk meminta sebarang nasihat berkaitan asma.


#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA NAK MENGHILANGKAN KAHAK HIJAU.

BUAH-BUAHAN YANG AMAT SESUAI DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG.

TIPS MENJEMPUT REZEKI