MITOS ANAK YANG MEMPUNYAI 2 ATAU 3 PUSAR.
"ORANG KATA ANAK YANG ADA DUA PUSAR KAT KEPALA NI BESAR NANTI DEGIL, BETUL KE ??"
Adil ke bagi anak itu kalau kita menilai dia berdasarkan pusar kat kepala tanpa kita kenali dia betul-betul?
Mitos ni dah sebati dengan masyarakat kita sebab sesetengah orang anggap anak yang ada dua pusar dekat kepala ni degil, keras kepala, kuat memberontak dan selalu buat masalah. Susah sebenarnya kalau kita dah set dalam kepala anak dua pusar ni confirm buat masalah nanti sehingga kita sebagai ibu bapa tak nampak kebaikkan dan keistimewaan anak hanya kerana mitos ini.
Menurut National Human Genome Research Institute yang banyak menjalankan kajian tentang genetik dan genomic manusia, dekat dunia ni hanya 5% sahaja manusia yang ada dua pusar dekat kepala dan ini berkaitan dengan gen manusia.
ANDA PERCAYA KE?
Sebagai seorang Muslim, anak-anak ni kan macam kain putih so mummy dan daddy lah bertanggungjawab didik mereka jadi sorang yang baik dan berguna. Bila gagal didik anak-anak tak adil nak letak kesalahan dekat mereka 100% kait pulak mitos dua pusar ni. Anda kena tahu bahawa sifat fizikal tak tentukan tingkah lakunya.
Mummy dan daddy kena faham beberapa perkara mengenai anak anda :
✅ Perkembangan anak anda
✅ Perangai & "angin" anak-anak anda
✅ Kena perhatikan kecenderungan anak anda
✅ Mummy dan daddy kena sepakat didik anak, tetapkan peraturan dan jangan salah seorang amalkan sikap lepas tangan.
✅ Jadi role model atau idola kepada anak-anak anda. Kalau anda tunjukkan nilai dan sikap yang positif baru anak anda boleh berkembang dengan baik. Kalau negatif yang anda tunjuk negatif lah anak anda nanti.
Setiap anak yang lahir di dunia ni ada keistimewaan dan kebaikkan masing-masing. Sebagai ibu bapa anda perlu didik mereka dengan tegas dalam masa yang sama penuh kasih sayang. Tak adil nak hukum mereka sebab pusar dekat kepala. Hapuskan mitos ni dan berdoa selalu untuk kebaikkan si anak.
#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily
(
Comments
Post a Comment