Posts

Showing posts with the label ibu berpantang

MAKANAN YANG BAIK UNTUK IBU HAMIL

Image
Semua wanita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang lagi bernutrisi sebaik saja merancang untuk hamil dan diteruskan sepanjang kehamilan agar dapat melahirkan generasi yang sihat. Ini kerana pemakanan sihat sebelum hamil akan membekalkan simpanan nutrisi bagi keperluan pembentukan janin pada awal kehamilan. Justeru itu, setiap wanita yang merancang untuk hamil perlu mengambil berat mengenai pemakanan bagi mengurangkan risiko kesihatan semasa hamil dan seterusnya melahirkan bayi yang sihat. Sebagai persediaan untuk hamil, wanita perlu mengambil makanan yang seimbang untuk memenuhi keperluan nutrisi badan. Selain itu, amalkan gaya hidup aktif dengan melakukan aktiviti fizikal (senaman atau bersukan), tidak merokok dan menjaga kesihatan mental. Wanita juga disarankan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui lebih lanjut status kesihatan semasa seperti tahap glukosa darah, dan status hemoglobin (Hb) darah. Status Hb ini merupakan petanda penting samada wanita mempunyai ma...

PENTINGNYA BERURUT UNTUK IBU BERPANTANG

Image
Sejak akhir-akhir, makin ramai yang mengambil keputusan untuk berpantang sendiri tanpa bantuan ibu. Mungkin disebabkan faktor kesihatan ibu atau ibu sudah meninggal dunia. Jadi, jalan mudah berpantang sendiri. Bagi mereka yang berkemampuan dan ada budget lebih, ada yang ambil pakej beroantang dengan 'Confinement Lady' atau 'Confinement Centre'. Mana-mana boleh , yang penting keselesaan ibu dan bayi itu. Jika anda memilih untuk berpantang sendiri di rumah. Penglibatan suami sangat penting dalam memberikan bantuan dan sokongan. Suami perlu menjadi orang kuat yang membantu isteri sepanjang tempoh berpantang kerana proses bersalin amat meletihan dan menggunakan banyak tenaga. Encik suami, jangan lepas tangan pula. anda boleh bantu isteri dengan membuat kerjarumah. Tak lama, kejap jur dalam 40 hari sahaja. Mohon tunjuk ajar isteri jika kurang jelas especially, bab memasak. Tak mustahil coz daddy zaman sekarang tak kurang hebatnya. Jika anda berpantang se...