Posts

Showing posts with the label anak cemerlang

CAFFEIN & PENYUSUAN BADAN

Image
Apabila anda minum secawan kopi atau sepotong coklat, kafein di dalamnya akan masuk ke dalam aliran darah anda. Sebaik sahaja ia berada dalam darah, sedikit daripadanya akan masuk ke dalam susu badan anda. Hakikatnya, sebahagian daripada apa sahaja yang anda makan dan minum akan muncul dalam susu badan anda. Terdapat banyak kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti kesan kafein terhadap bayi yang menyusu badan. Kesemua kajian ini menunjukkan bahawa kafein memang masuk ke dalam susu badan, tetapi tidak banyak kesannya terhadap bayi. Jika anda minum sehingga 750mg minuman berkafein sehari (kira-kira lima atau enam cawan kopi) kemungkinan besar ia tidak mendatangkan kesan kepada bayi anda. Dalam ujian yang dilakukan, jumlah kafein dalam air liur atau air kencing bayi yang minum susu badan ibunya yang telah meminum sejumlah kafein tersebut adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan. #InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak #InfoKesihatan

MITOS ANAK YANG MEMPUNYAI 2 ATAU 3 PUSAR.

Image
"ORANG KATA ANAK YANG ADA DUA PUSAR KAT KEPALA NI BESAR NANTI DEGIL, BETUL KE ??" Adil ke bagi anak itu kalau kita menilai dia berdasarkan pusar kat kepala tanpa kita kenali dia betul-betul? Mitos ni dah sebati dengan masyarakat kita sebab sesetengah orang anggap anak yang ada dua pusar dekat kepala ni degil, keras kepala, kuat memberontak dan selalu buat masalah. Susah sebenarnya kalau kita dah set dalam kepala anak dua pusar ni confirm buat masalah nanti sehingga kita sebagai ibu bapa tak nampak kebaikkan dan keistimewaan anak hanya kerana mitos ini. Menurut National Human Genome Research Institute yang banyak menjalankan kajian tentang genetik dan genomic manusia, dekat dunia ni hanya 5% sahaja manusia yang ada dua pusar dekat kepala dan ini berkaitan dengan gen manusia. ANDA PERCAYA KE? Sebagai seorang Muslim, anak-anak ni kan macam kain putih so mummy dan daddy lah bertanggungjawab didik mereka jadi sorang yang baik dan berguna. Bila gagal didik anak-a...

ANAK-ANAK SERING BEREBUT BARANG? BAGAIMANA NAK ELAKKAN PERSAINGAN ANTARA ADIK BERADIK INI?

Image
MACAM MANA NAK ELAK PERSAINGAN ANTARA ADIK BERADIK NI ? Sebelum ni saya ada share mengenai persaingan antara adik beradik. Harini saya nak sambung sikit lagi mngenai tips bagaimana nak elak persaingan antara adik beradik ni. Ada beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mempersiapkan anak anda sebelum meyambut kehadiran ahli keluarga yang baru. ✅ Beritahu anak kecil anda tentang kelahiran yang bakal berlaku. Jelaskan pada anak anda dengan nada yang lembut dan bahasa yang mudah. ✅ Terangkan kepadanya apa yang akan berlaku di rumah apabila bayi tiba. Jangan sesekali buat anak anda merasa berat sebelah ✅ Biar anak anda terlibat dalam persediaan menyambut bayi anda. Tanya anak anda baju apa,warna apa, bentuk apa yang sesuai dgn adiknya nanti. Baru mereka rasa tak tersisih ✅ Beritahu dia apa yang akan berlaku apabila anda pergi ke hospital untuk bersalin. Jangan sesekali buat anak anda terpinga-pinga. Kena pastikan dia tidak sunyi. Jika anda ada cara yang lebih selesa dan...

WALKER BABY : PERLU ATAU TAK YA ?

Image
Walker baby sudah jadi benda wajib dikalangan ibu bapa. Katanya senang nak pantau tak nak bagi anak berjalan merata dalam rumah tu. ANDA SILAP Pakar-pakar keselamatan dan kesihatan sangat tidak menggalakkan penggunakan walker bayi, kerana jumlah kemalangan dan kecederaan yang diakibatkan olehnya adalah tinggi. Walker bantu berjalan adalah berbahaya kerana ia memberi bayi kelajuan dan ketinggian tambahan serta akses kepada benda-benda yang membahayakan. Di Kanada, penjualan walker bayi telah diharamkan sejak tahun 2004. Kebanyakan kecederaan disebabkan kejatuhan apabila walker tertonggeng dan bayi terpelanting jatuh ke bawah tangga atau merempuh perabot, alat pemanas elektrik atau ketuhar. Walker tidak membantu bayi belajar berjalan. Sebaliknya, menggunakannya dengan berlebihan mungkin akan merencatkan sedikit perkembangan bayi. Bayi perlu meniarap, merangkak, duduk dan bermain atas lantai, untuk membolehkan dia mencapai tahap-tahap utama dalam perkembangannya. Adalah lebih b...

BAGAIMANA NAK MENCARI PENGASUH YANG BERKUALITI

Image
PENGASUH : CIRI-CIRI PENGASUH YANG BAIK Bagi ibu bapa yang mempunyai kerjaya sudah pasti mereka menghadapi kekangan masa untuk menjaga anak mereka. Nak tak nak mereka perlu mengupah pengasuh. Nak upah pengasuh ni bukan mudah sebab kita tak tahu latar belakang dia macam mana nak pulak banyak kes penderaan yang melibatkan pengasuh diluar sana. Hari ni saya akan share tips mengenali pengasuh yang baik. ✅ Reputasi yang baik ✅ Melayan anak anda seperti anak sendiri ✅ Tegas tapi adil ✅ Mempunyai aktiviti yang banyak untuk dilakukan bersama anak anda ✅ Suka kanak kanak ✅ Rumah yang bersih dan persekitaran yang selamat Seperti yang kita ketahui, menjaga kanak-kanak ataupun bayi sepanjang hari adalah tugas yang meletihkan, dan ia harus dilakukan hanya oleh mereka yang komited pada setiap aspek perkembangan kanak-kanak termasuk emosi, sosial dan intelektual. Buat pilihan dengan bijak ! #InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

ANAK TAK MAHU PERGI TASKA? NAK BUAT MACAM MANA YER

Image
TIPS MEMUJUK ANAK KE PUSAT ASUHAN PADA KALI PERTAMA Pengalaman saya, hari pertama menghantar anak ke nursery adalah hari yang paling mendebarkan sekali. Mana taknya, anak dah start rapat dengan kita, tapi kena hantar ke nursery sebab kita sendiri kena kerja. Masa itulah, perasaan dan keinginan nak berhenti kerja tu membuak-buak. Rasa meronta-ronta je hati ni, Tuhan je yang tahu kan. Tapi bila dah masuk anak kedua ni, saya dah agak biasa sikit dah, dan kalau ada orang minta tips, saya boleh je beri. Akak-akak semua nak tips ke? Jom baca kat bawah ni. 🌻Pada malam sebelum hari kita hantar anak ke pusat asuhan tu, bisik di telinga anak pasal esok. Dia tak faham pun tak apa, janji kita beritahu dia awal-awal. Waktu faveret saya adalah waktu sebelum dia tidur. 🌻Pada hari kejadian, kita sendiri kena bangun awal dan siapkan segala keperluan anak tu. Pampers, susu dan botol susu, pakaian (3-4 pasang), dan sebagainya. Kalau anak ada menghidap penyakit seperti asma atau lain-lain,...

DOA BUAT ANAK-ANAK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Image
Asalamualaikum WBT Kepada semua ibu bapa yang anaknya akan menduduki PT3 bermula arini 1/10/2018 hingga 4/10/2018, kita mendoakan mereka dapat menjawab soalan-soalan dengan TENANG, LANCAR, TEPAT & CEMERLANG. Mari kita titipkan sepotong Doa untuk anak-anak kita yang bakal menduduki peperiksaan PT3 . *بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم* ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكzَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين *بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*  اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ  وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ   أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن  وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين *Ya Allah,* Esok 1/10/18 hingga  4/10/2018 anak2   akan menduduki peperiksaan PT3, Kami mohon kepada Mu ya ALLAH,...