Posts

Showing posts with the label makanan ketika hamil

MAKANAN YANG BAIK UNTUK IBU HAMIL

Image
Semua wanita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang lagi bernutrisi sebaik saja merancang untuk hamil dan diteruskan sepanjang kehamilan agar dapat melahirkan generasi yang sihat. Ini kerana pemakanan sihat sebelum hamil akan membekalkan simpanan nutrisi bagi keperluan pembentukan janin pada awal kehamilan. Justeru itu, setiap wanita yang merancang untuk hamil perlu mengambil berat mengenai pemakanan bagi mengurangkan risiko kesihatan semasa hamil dan seterusnya melahirkan bayi yang sihat. Sebagai persediaan untuk hamil, wanita perlu mengambil makanan yang seimbang untuk memenuhi keperluan nutrisi badan. Selain itu, amalkan gaya hidup aktif dengan melakukan aktiviti fizikal (senaman atau bersukan), tidak merokok dan menjaga kesihatan mental. Wanita juga disarankan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui lebih lanjut status kesihatan semasa seperti tahap glukosa darah, dan status hemoglobin (Hb) darah. Status Hb ini merupakan petanda penting samada wanita mempunyai ma...

BUAH-BUAHAN YANG AMAT SESUAI DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG.

Image
Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak kongsikan buah-buahan yang baik untuk ibu hamil supaya keduanya ibu dan bayi dalam rahim sihat waalfiat. Ibu mengandung perlukan banyak khasiat, seawal minggu pertama kehamilan. Jom kita lihat buah-buahan apa yang sesuai diamalkan oleh ibu hamil. 1.Tembikai merah. Buah yang sangat sedap dan kaya dengan serat yang membantu detoks badan.Sesuai dimakan semasa cuaca panas dapat bantu sejukkan badan Kaya dengan zat besi dan vitamin C yang baik. Ini membantu penyerapan besi yang lebih baik meningkatkan hemoglobin dalam darah.  Antioksida yang menghapuskan radikal bebas dalam badan punca masalah kesihatan seperti kanser.  2. Epal Buah epal bukan sahaja baik untuk kesihatan kita dan kaya dengan sumber besi. Rasanya yang sedap dan manfaat yang diberikannya dapat naikkan hb rendah. Ibu mengandung boleh makan epal pada bila bila masa untuk kurangkan alahan mengandung yang di deritai semasa 3 bulan pertama ...