ASMA KETIKA MENGANDUNG



Mengandung ketika mengalami asma bukan suatu perkara yang mudah. Ianya sangat mencabar bagi mummy yang mengalami situasi ini. Asma yang dikawal dengan baik tidak mendatangkan mudharat kepada ibu atau anak yang dikandung, berbanding dengan asma yang tidak terkawal. Dengan rawatan yang betul, kebanyakan pesakit asma semasa mengandung boleh menjalani proses mengandung dan melahirkan bayi yang sihat.

Asma yang tidak terkawal boleh mengakibatkan oksigen kepada ibu dan bayi terjejas seterusnya komplikasi semasa mengandung dan kelahiran yang tidak memuaskan. Untuk ibu, kesan asma tidak terkawal termasuk:
❌Tekanan darah tinggi
❌Kelahiran pramatang
❌Kematian ibu

Untuk bayi, komplikasi asma tidak terkawal adalah :
❌Lahir mati (stillbirth)
❌“Fetal growth retardation”
❌Kelahiran pramatang
❌Berat badan yang rendah

Beberapa langkah di persekitaran yang boleh memburukkan asma dan mencetus serangan perlu ditangani. Ini termasuklah:
➡ Menghindarkan dari allergen yang diketahui mencetus serangan
➡ Membasuh dan menukar cadar dan sarung bantal secara berkala kerana ini akan mengurangkan pembiakanan hama
➡ Jauhi asap rokok

Asma yang tidak terkawal boleh memudharatkan ibu dan bayi. Harus diingat bahawa risiko asma yang tidak terkawal adalah lebih berbahaya jika dibandingkan dengan kesan sampingan pengubatan asma. Pesakit perlu berbincang dengan doktor mengenai ini sebelum mengandung lagi. Doktor harus diberitahu jika pesakit mengandung. Rawatan susulan secara berkala untuk menilai simptom dan perawatan asma adalah perlu sepanjang waktu mengandung untuk memaksimakan kawan asma supaya tidak berlaku komplikasi.

Sumber : PORTAL MyHEALTH

#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MENJEMPUT REZEKI

BUAH-BUAHAN YANG AMAT SESUAI DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG.

BAGAIMANA NAK MENGHILANGKAN KAHAK HIJAU.