Posts

Showing posts with the label Asid folik

SUMBER ASID FOLID

Image
Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat : Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan : Sumber gambar :https://diarysafiyah.com/sumber-folat-semulajadi-untuk-ibu-hamil/ ✅ bayam - 1 cawan ✅ kacang bendi - setengah cawan; ✅ asparagus - setengah cawan ✅ lentil setengah cawan ✅ hati - 1 keping ✅ 11 batang taugeh brussels ✅ kacang mata hitam - 4 sudu makan ✅ germa gandum - 25g / 1 aun ✅ betik sederhana besar Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan: ✅ brokoli kukus - 2 pucuk ✅ buah oren saiz besar ✅ nasi putih - setengah cawan ✅ oat- setengah cawan ✅ kacang merah - setengah cawan ✅ jagung saiz besar - 1 Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah b...

ASID FOLIK : PENTING KE ?

Image
TIME PREGNANT, MESTI DAPAT ASID FOLIC. TAPI SAYA TAK SUKA. KALO TAK AMIK, BOLEH KER? ASID FOLIK : PENTING KE ? Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik. PENTING KE ASID FOLIK NI ? Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti meng...