ANAK TANTRUM : JANGAN GELABAH
Kanak-kanak ni kadang-kadang susah kita nak ramal perangai dia. Kejap okay kejap tak lepastu okay balik. Bila tak okay dia mula keluar tantrum dia. Habis semua benda dia lempar dia sepahkan. Sebagai ibu bapa, saya minta anda jangan cepat melenting. Lagi anda melenting lagi dia menjadi-jadi. Menurut Dr Harlina Bahar, Pakar Perunding Psikitiari Kanak-Kanak & Remaja tantrum biasa terjadi pada pada kanak-kanak yang berumur 18-48 bulan. Bila anak sedang tantrum, perkara pertama anda kena buat ialah bawa bertenang. Kalau anda pun tak sabar lepastu melenting benda ni akan memburukkan lagi keadaan. Antara perkara yang anda boleh try untuk redakan tantrum anak anda ialah : ✅ Kena tahu punca kenapa anak anda mengamuk ✅ Sibukkan anak anda dengan sesuatu ✅ Alihkan perhatian mereka dengan tunjukkan video kesukaan mereka atau apa sahaja. ✅ Jangan layan tantrum anak. Anda kena bertenang sebab lama-lama mereka akan diam sendiri. ✅ Dengar apa yang anak anda nak cakap atau luah kan. Ja...