"KALAU NAK BEDUNG, BEDUNG DENGAN BETUL!"
Tradisi membedung bayi telah diamalkan oleh masyarakat kita sejak dari dulu lagi. Membedung bayi dapat membuatkan bayi berasa aman dan selesa. Tetapi ramai ibu-bapa masih lagi tidak tahu cara yang betul. membedung bayi dengan cara yang salah boleh membuatkan bayi berisiko tinggi untuk menghidap sakit hip dysplasia iaitu gangguan pembentukan sendi pinggul. Ikuti perkongsian dari Dr. Nimelesh Max Balanthiren untuk cara bedung bayi yang betul. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para ibu-bapa di luar sana. Kerap kali saya berjumpa ibu bapa yang membedung anaknya dengan ketat sekali. Bila ditanya, "alaa Doktor kalau tak bedung, nanti bila besar akan jalan kengkang" ini lah alasan yang diberi oleh mereka. Bukan sahaja di Kota Tinggi, masa i buat attachment Housemanship (Paeds Orthopedik) kat HKL pun dengar benda yang sama. Ini adalah tidak benar sama sekali. Tiada masalah untuk bedung bayi. Pada pendapat saya ada banyak kebaikan bedung bayi - Bayi ...