Posts

Showing posts with the label lendir sinus

HIDUNG TERSUMBAT SEHINGGA KITA SUSAH NAK BERNAFAS. INI 11 CARA MENANGANINYA DENGAN BERKESAN.

Image
11 CARA LEGAKAN HIDUNG TERSUMBAT DENGAN BERKESAN 1. ELAK HEMBUS HIDUNG DENGAN KUAT Ia akan menyebabkan masalah tersumbat lebih teruk dan membran lembut dalam hidung bertambah radang. 2. PASANG HUMIDIFIER/VAPORIZER Stim yang keluar daripada humidifier/vaporizer membantu mendapatkan tidur yang lena kerana ia membuka ruang pernafasan dengan lebih luas. 3. MANDI AIR PANAS Wap yang keluar daripada haba panas membantu melancarkan pernafasan. Jika tidak mahu mandi, memadai menyedut wap panas. 4. SEDUT WAP PANAS Masak air panas dan masukkan dalam bekas. Sedut wap panas sehingga selesa bernafas. 5. MINUM & MAKAN CECAIR YANG BANYAK Amalkan pengambilan cecair seperti air, sup dan teh herba yang banyak sewaktu hidung tersumbat. Ini kerana ia akan mengurangkan mukus dalam hidung yang menyebabkan hidung tersumbat. 6. TUAM KAWASAN HIDUNG Basahkan tuala dengan air panas dan tekap kawasan batang hidung. Elak letak pada laluan udara. Lakukan berulang kali hingga anda dapat legakan hidung tersumbat d...

4 RONGGA BERKAITAN DENGAN SINUS

Image
APA ITU RESDUNG ? Resdung dalam bahasa perubatannya dipanggil sinusitis. Di bahagian muka kita ini ada 4 rongga kosong yang dipanggil sinus. Pada keadaan normal, lendir yang dihasilkan di rongga sinus ini akan mengalir melalui saluran-saluran kecil ke dalam hidung kita. Tetapi bagi pengidap resdung, mereka ada masalah di rongga sinus ini. Sesuatu telah mengganggu dan menyebabkan lendir di rongga sinus ini tidak dapat mengalir dan terkumpul di bahagian rongga sinus. Akibatnya, berlakunya bengkak pada rongga sinus ini yang disebabkan oleh tekanan dan radang pada bahagian tersebut. Lendir yang terkumpul ini juga boleh mendatangkan risiko lain apabila tidak dirawat. Risiko ini pula bergantung kepada tahap resdung dan di bahagian mana resdung itu berlaku. Apabila resdung tidak dirawat, lendir yang terkumpul di rongga sinus ini sangat ideal sebagai tempat pembiakan kuman bakteria. Pembiakan kuman bakteria pula boleh menyebabkan jangkitan pada rongga sinus. Ini boleh menyebabkan ia bernanah d...

PUNCA BENGKAK DALAM HIDUNG

Image
Apa itu Polip Nasal? Apa punca bengkak dalam hidung? Seperti yang telah kami nyatakan di atas tadi, keadaan kesihatan ini disebabkan oleh jangkitan kuman pada ruang nasal. Jangkitan ini boleh didapati daripada kuman yang berada pada persekitaran khususnya yang kotor dan penuh dengan alergen. Dalam pada itu, jangkitan sinusitis mungkin akan lebih mudah terjadi dan makin memburuk akibat beberapa kondisi lain termasuklah: ·          Hidung penuh dengan mukus Masalah asma Alahan rhinitis Polip rongga nasal Septum hidung bengkok. Kebiasaannya, kondisi ini adalah tidak berbahaya dan akan sembuh dengan sendiri jika masih di tahap akut dan sub-akut. Walaupun begitu, lain pula ceritanya jika ia telah berada di tahap kronik kerana pengambilan ubatan dan rawatan doktor adalah diperlukan. Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk kalian merawat dan mencegah masalah ini daripada terus berlaku dan berulang. Apakah yang boleh dibuat untuk...