APA ITU TONSIL?
Tonsil terdiri daripada sekumpulan kelenjar atau tisu limfoid yang berperanan membantu sistem pertahanan tubuh (sistem imun) untuk melawan serangan penyakit. Tonsil terletak di dalam bahagian rongga mulut. Fungsi utama tonsil adalah untuk menapis serta memerangkap sebarang jenis bakteria atau virus yang masuk ke dalam rongga mulut melalui aktiviti pernafasan atau pemakanan. Secara amnya, terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut manusia:- 🔶Adenoid – tonsil yang terletak di pangkal dalam rongga hidung 🔶Lingual tonsil – tonsil yang terletak di pangkal lidah 🔶Palatine tonsil – tonsil yang terletak di bahagian tekak (farinks) Jenis-jenis Tonsil =============== Namun dalam konteks tonsilitis atau bengkak tonsil ini, kita lebih merujuk kepada tonsil yang terdapat di dalam ruangan tekak (farinks) iaitu Palatine Tonsil. Ia lebih mudah dilihat terus dari bukaan mulut. Setiap individu mempunyai 2 biji tonsil di kedua bahagian sisi dinding tekak. Ia juga ...