Posts

Showing posts with the label anak pertama

IBU DAN BUKU PINK DAH BERPISAH TIADA

Image
Alhamdulillah, ibu kini disahkan hamil. Tahniah ibu! Dah buat buku pink belum? Ha..dalam teruja tu jangan lupa untuk daftar kehamilan dan buka buku pink tau! Buka buku pink? Untuk apa? Wajib ke? Bagi mama-mama muda yang kali pertama bakal melahirkan cahaya mata, mama kena tahu langkah-langkah yang betul untuk membuat buku  pink  ni. Nak tahu? Jom semak! BILA waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi wanita yang pertama kali bergelar ibu, mesti tertanya - tanya, bilakah waktu yang paling sesuai untuk buka buku pink ni kan.  Kalau nak tahu, kebanyakan waktu yang disyorkan untuk membuka buku pink adalah setelah kehamilan mencegah 10 minggu. 10 minggu keatas tu mungkin juga waktu yang paling sesuai memantau perkembangan ibu hamil dan bayi. Boleh tak nak buka buku pink AWAL? Boleh ajerr dan dinasihatkan buka awal sekiranya ibu merupakan golongan berisiko tadi. Mungkin kalau tiada masalah, lebih baik ruang waktu itu diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Apa...