Posts

Showing posts with the label tips buat ibu

APA ITU DIABETES GESTASI ?

Image
Macam pelik je bunyi dia . Meh nak cite sikit Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetes gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu: ☘ mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga. ☘ membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. Sumber gambar: http://nar-beautysolutions.blogspot.com Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya mulai pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, lantas mengakibatkan anda menghidap diabetes gestasi Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza de...

ASID FOLIK : PENTING KE ?

Image
TIME PREGNANT, MESTI DAPAT ASID FOLIC. TAPI SAYA TAK SUKA. KALO TAK AMIK, BOLEH KER? ASID FOLIK : PENTING KE ? Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik. PENTING KE ASID FOLIK NI ? Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti meng...

KALAU SAYA NAK JUGA PAKAI BUAIAN SARUNG MACAM MANA ?

Image
Benda ni biasa dikalangan ibu-ibu diluar sana nak pula ada ibu diluar sana tak mampu nak beli buaian moden. Jika nak pakai buaian sarung pastikan anda mengikut langkah ini : ✅ Letakkan tilam gulung atau alas katil yang tegap bawah buaian sarung supaya jika bayi anda jatuh, dia tidak akan terhentak ke lantai. ✅ Sentiasa letakkan bayi anda di dalam buaian sarung dalam keadaan menelentang dan bukan meniarap. ✅ Laraskan ketinggian rangka atau kepanjangan spring supaya buaian sarung seberapa dekat ke lantai yang boleh. ✅ Semakin bayi anda membesar, pastikan berat tambahannya tidak menarik buaian sarung jauh ke bawah supaya kepalanya tidak terkena ke lantai apabila dibuai. ✅ Jangan letakkan sebarang bantal, selimut atau alas katil yang lain dalam buaian sarung. Jika anda mahu menggantungkan buaian sarung pada rangka boleh lipat, dapatkan rangka empat segi yang yang stabil dan tegap, berbanding dengan yang menggantung buaian sarung pada rangka tiga segi (ini kurang stabil dan lebi...

MAKANAN UNTUK IBU SEMASA MENYUSU

Image
Ketika menyusukan bayi anda, anda seharusnya memastikan diri anda mempunyai nutrisi yang mencukupi bagi menghasilkan susu yang banyak khas untuk bayi anda. Antara makanan yang sesuai dengan ibu yang sedang menyusu ialah : ✅ Nasi perang & bijiran ✅ Buah-buahan & sayur sayuran ✅ Makanan berasaskan protein, kalsium & zat besi ✅ Kekacang ✅ Telur ✅ Kurma ✅ Bawang putih Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu. Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda. S...

ALERGI PADA BAYI & KANAK-KANAK

Image
Apa tu Alergi ? Sebenarnya, alergi atau alahan adalah reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut, dimakan atau yang hanya disentuh. Sistem keimunan badan bertindak balas terhadap alergen  bahan yang membangkitkan reaksi  dengan mengeluarkan histamin dan kimia-kimia lain yang menyebabkan simptom seperti kongesi hidung serta sistem respiratori, gatal hidung atau hidung meleleh, pedih tekak, diarhea atau cirit-birit, mata berair dan gatal, dan ruam gatal. . . Alergi ni boleh diwarisi ke ? Sememangnya alergi itu lazimnya diwarisi secara turun temurun, walaupun mungkin setiap ahli keluarga mempunyai alergi berlainan. Seorang anak mungkin menghidapi asma, manakala seorang lagi cenderung mendapat diarhea.  Memberi bayi susu badan secara ekslusif untuk enam bulan pertama akan dapat mengurangkan kejadian alergi baginya semasa di peringkat umur muda. Next post saya akan share senang tak nak kesan alergi pada bayi anda Stay tuned ! #InfoByMhamsb  #Min...

BAGAIMANA NAK MENCARI PENGASUH YANG BERKUALITI

Image
PENGASUH : CIRI-CIRI PENGASUH YANG BAIK Bagi ibu bapa yang mempunyai kerjaya sudah pasti mereka menghadapi kekangan masa untuk menjaga anak mereka. Nak tak nak mereka perlu mengupah pengasuh. Nak upah pengasuh ni bukan mudah sebab kita tak tahu latar belakang dia macam mana nak pulak banyak kes penderaan yang melibatkan pengasuh diluar sana. Hari ni saya akan share tips mengenali pengasuh yang baik. ✅ Reputasi yang baik ✅ Melayan anak anda seperti anak sendiri ✅ Tegas tapi adil ✅ Mempunyai aktiviti yang banyak untuk dilakukan bersama anak anda ✅ Suka kanak kanak ✅ Rumah yang bersih dan persekitaran yang selamat Seperti yang kita ketahui, menjaga kanak-kanak ataupun bayi sepanjang hari adalah tugas yang meletihkan, dan ia harus dilakukan hanya oleh mereka yang komited pada setiap aspek perkembangan kanak-kanak termasuk emosi, sosial dan intelektual. Buat pilihan dengan bijak ! #InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak