Posts

Showing posts with the label petua semulajadi

RESAH BILA ANAK DISERANG ASMA

Image
Resah Setiap Kali Anak Diserang Asma? . Sesekali terjaga melihat keadaan anak di bilik. Risau dan letih. Dah beberapa jam anak kena serangan asma yang teruk. Pergi kecemasan pakai nebuliser. Bukan merungut tapi sampai bila anak kita perlu menahan penatnya asma, sesak nafas . Ibu mana yang tak risau kan bila lihat anak terseksa sebegitu. Sedangkan anak digigit semut api pun kita dah cakna, inikan pula bila anak semput. . Buat para ibu, tak usah berputus asa. Berlapang dada lah. Di sini suka untuk saya kongsikan 5 tips berguna menguruskan anak yang menghidap asma. . . ✅ Bawa anak berenang tiap-tiap minggu Berenang membantu melatih paru-paru anak kita. Paru-paru akan lebih kuat dan mengurangkan asma beransur-ansur. . ✅ Rebus bawang merah kecil Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya dan amalkan minum seminggu sekali. . ✅ Menggunakan madu dan getah betik Ambil satu sudu besar madu dan 4-5 titik getah betik. Campurkan...

BAGAIMANA NAK MENGHILANGKAN KAHAK HIJAU.

Image
Tak selesa kan bila Sering Kali berkahak. Terutamanya pada awal pagi. Susah sangat nak membuang lendir kahak yang seolah-olah melekat di dinding tekak mereka. Kadangkala, kita cuba untuk Berdehem banyak kali serta batuk yang kuat untuk keluarkan kahak. Tapi itu kadangkala mengganggu orang lain terutama jika ia dilakukan di tempat awam. Sebelum pergi ke bab bagaimana tangani kahak. Apa kata kita kenali Terlebih dahulu jenis kahak dan hingus yang ada. Yang mana satu kahak yang sering anda hadapi? Dah kenalpasti? Disini, Kak Siti nak share 9 petua bagaimana nak menghilangkan kahak hijau. Menarik bukan. Ada beberapa petua tanpa kita sedari boleh mengakibatkan kahak. Lepas ni, boleh elakkan yer. Semoga Bermanfaat. Nak cara yang lebih mudah dan berkesan? Minyak Herba Asmak kan ada. Sapu-sapu aje di dada, belakang  betis n tapak kaki. Untuk kesan lebih baik, boleh amalkan Jus Asmak Gold. Sesuaaaiii sesangattt untuk berumur 3 tahun ke atas. Rasa pun sedap. ...

KHASIAT DAUN BUNGA RAYA

Image
. Bunga raya ialah bunga kebangsaan negara kita Malaysia. Bunga raya ini juga ada pelbagai jenis dan warna. Ada yang bersaiz besar dan ada juga yang kecil. Masa kecil-kecil dahulu , mudah sangat terlihat pokok bunga raya ini di mana-mana sahaja berbanding pada masa sekarang. . Tahukah anda Bunga Raya Putih Dikatakan Mempunyai Nilai Perubatan Yang Tinggi . Selain warnanya yang cantik, daun bunga raya dan bunga raya ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan sangat baik untuk kesihatan terutamanya untuk meredakan demam dan panas badan. Mari kita tengok khasiat daun Bunga Raya ini :- . 🌺 Petua Meredakan demam/ panas badan Anak . Cara-cara 1. Ambil beberapa helai daun bunga raya yang segar 2. Masukkan ke dalam bekas, tambah sedikit air Ramas sehingga daun tadi mengeluarkan lendir 3. Sapukan lendir tadi ke bahagian kepala anak & bahagian badan yang lain 4. Biarkan kering. . 🌺 Petua Mencantikkan Rambut - Menghilangkan kelemumur, mengilatkan rambut & m...

PETUA MELEGAKAN RADANG EKZEMA DENGAN CEPAT

Image
. Apa yang kita rasa semasa ekzema berlaku? . Pedih. Terbakar. Gatal. Berair. . Macam mana nak melegakan keradangan ekzema dengan cepat? Begini caranya: . Ambil sebatang aloe vera dan masukkan ke dalam blender. Blend selama 1-2 saat sahaja sehingga menjadi pes (jangan terlalu hancur). Sapukan aloe vera ke atas tempat yang terlibat dan biarkan selama 10-15 minit. . Seeloknya, sediakan ramuan ini sebelum ekzema menyerang, dan sejukkan di dalam peti ais. Kesannya lebih baik. . Nak tahu cara yang lebih elok? Amalkan produk yang menggunakan tanah liat putih sebagai salah satu bahan. Itulah sebaik-baik penawar yang melegakan. . . #info by MHAMSB #MinyakHerbaAsmak #BedakAsmak

TIPS HALAU NYAMUK SECARA SEMULAJADI

Image
Cara Semulajadi Untuk Halau Nyamuk Dari Tempat Tidur Anak . Nyamuk di dalam rumah memang jadi masalah besar, lagi-lagi jika ada anak kecil di rumah. Silap-silap kita pun tak tidur malam jadinya. Nak guna ridsect, risau pula kut-kut ada kesan jangka masa panjang kepada kesihatan kita. Tak semua bahan kimia tu selamat. . Nak halau nyamuk dengan semulajadi ada beberapa cara. Di bawah ni adalah antara cara-caranya. . ✅*Hirisan kulit limau* – Nyamuk memang anti dengan aroma yang keluar dari kulit limau. Hiris dan bungkus dalam kain berjaring seperti bunjut, dan gantung di tempat yang sinonim dengan nyamuk. Contohnya di bawah kalit atau celah almari. ✅*Kapur barus* – Perasan tak, almari yang diletak ubat gegat atau kapur barus, biasanya nyamuk tak berani masuk. Jadinya, ambil kapur barus dan letak di tempat yang strategic. ✅*Ais kering* – Cara ini agak memakan masa, tapi sangat efektif. Nyamuk tertarik dengan gas karbon dioksida yang kita hembus dari nafas. Ambil ais kering...

BABY TERKENA GIGITAN SERANGGA, APA PERLU BUAT

Image
. Dulu ada satu kes di mana seorang baby demam teruk setelah digigit serangga. Serangga tu bukannya penyengat atau lebah yang berbisa tu pun, cuma semut bersayap yang selalu terbang mengelilingi lampu je. Rupa-rupanya baby tersebut ada alahan terhadap gigitan semut jenis tu. . Bagi kita pula, apa perlu kita buat apabila anak digigit serangga? Lebih-lebih lagi kalau baby menangis teruk. Nak garu sendiri, belum pandai. . Ais Sebagai Pelega . Ais boleh digunakan untuk melegakan kesan gigitan seranggan pada baby. Ambil seketul ais dan balut ais dengan kain. Tekap pada mata sengatan tu selama 10 saat. . Tapi, kaedah ni cuma berkesan bila gigitan serangga tu tak serius. Untuk gigitan atau sengatan serangga yang berbahaya seperti penyengat atau ulat bulu, memang perlukan rawatan segera dari doktor. . . #infobyMHAMSB #minyakherbaasmak