APA PERBEZAAN MIGRAIN DAN SAKIT KEPALA?



Siapa Biasa kena Migrain atau Sakit Kepala?

Adakah ia sama atau berlainan?

Korang tahu tak apa perbezaan dari segi simptomnya?


Migrain  adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’.

Migraine adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Adakalanya ia bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat ke kedua dua belah bahagian kepala.

Migrain juga boleh menyebabkan gejala berikut: pening, loya, muntah, cirit-birit dan sensitif terhadap bunyi dan cahaya.

Bagaimana Migraine Berlaku.
==========================

🧠Saluran-saluran darah di dalam kepala membekalkan darah ke kulit kepala serta otak. Migraine berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa.

🧠Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak.

Beberapa perkara yang mencetuskan serangan migrain adalah:

👉🏻Stress atau tekanan
👉🏻Pengambilan alkohol
👉🏻Sesetengah jenis makanan seperti coklat, keju, kopi dan teh
👉🏻Tidak cukup tidur
👉🏻Perubahan hormon ketika haid
👉🏻Tabiat merokok

Jenis-jenis Migrain
================

Dua jenis migraine utama ialah Migraine Klasik (Classic Migraine) dan Migraine Biasa (Common Migraine).

Migrain Klasik
- sebelum sakit kepala, tanda-tanda awal dikenali sebagai ‘aura’ atau ‘prodrome’ akan dialami sebagai tanda amaran.
Aura yang dikenalpasti ialah nampak kilauan cahaya, garisan zigzag, penglihatan berbayang, kebas , pening, dan sukar bercakap dengan jelas. Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain akan menyerang.
Migrain Biasa
- sakit kepala dialami tanpa amaran terlebih dahulu. Migrain jenis ini lebih kerap dialami, terutama di kalangan kaum wanita.

Rawatan Migrain
===============
Migrain boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengelakkan perkara yang anda kenal pasti sebagai pencetus migrain anda.
Rawatan perubatan yang sesuai juga boleh membantu mengawal sakit migraine.

Sakit Kepala
===========

Apakah penyebab sakit kepala?
==========================
👉🏻Jangkitan kuman
👉🏻Sakit kepala akibat tekanan
👉🏻Migrain
👉🏻Perdarahan dalam otak serta struktur sekeliling
👉🏻Ketumbuhan dalam otak
👉🏻Masalah gigi: Gigi bengkak bernanah
👉🏻Jangkitan gusi
👉🏻Masalah mata: Kepenatan pada otot sekeliling mata
👉🏻Masalah telinga, hidung dan tekak:
👉🏻Jangkitan pada sinus (Sinusitis)
👉🏻Jangkitan dalam telinga
👉🏻Masalah psikosomatik

Apakah penyebab sakit kepala yang biasa di kalangan remaja?

😖Sakit kepala akibat tekanan.
😵Sakit yang kurang jelas atau rasa tekanan yang mengganggu tapi tidak menyebabkan sakit yang kuat. Di kedua-dua belah kepala, dahi dan sisi dahi. Berlaku hampir setiap hari.
😖Menjadi lebih teruk pada waktu tengah hari/petang.
😖Ringan kepala, penat, sakit tengkuk, mahu kesempurnaan sentiasa.

Macam Kak Siti, memang selalu Kena #Migrain. Sakit Kepala yang menyucuk-nyucuk. Bila berjalan, Rasa Melayang jek. Kadangkala, macam nak terkeluar biji mata n pandangan kabur.

Dulu, selalu sekali telan panadol sampai 5-6biji. Masa tue, memang naif sangat. Hanya pikirkan nak hilangkan sakit kepada. Tak tahu apa kesannya pada diri kemudian hari. Insoofff dibuatnya.

Kini, Alhamdulillah. Nasib ada penyelamat sentiasa bersama. #Asmak namanya. Kebetulan, family memang pengguna setia.

Time kena #migrain, Kak Siti akan try basah kepala dan letakkan Shampoo Bunga Raya Plus di rambut dan perapkan, Sapu dengan Minyak Herba Asmak di dahi, tengkuk dan bahu dan telan 2 biji AsmakHerbs dan rest.Alhamdulillah.







InsyaAllah. Rawat dengan bahan alami pun boleh.

Cubalah.😉

#PenawarBahanAlami
#ProdukNatural
#ProdukAsmakMujarab
#RawatanAlternatif

Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA NAK MENGHILANGKAN KAHAK HIJAU.

BUAH-BUAHAN YANG AMAT SESUAI DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG.

TIPS MENJEMPUT REZEKI