Posts

Showing posts with the label rangsang anak secara psikologi

5 PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA MENGURUT BAYI

Image
Sudah menjadi lumrah bayi, sentiasa sukakan urutan. Tahukah anda ada perkara yang tidak boleh dilakukan sebelum, semasa dan selepas mengurut bayi? Jom baca supaya kita tahu hal penting ni. . ❌Jangan mulakan urutan sehingga bayi betul-betul rileks dan bersedia. ❌Usah lakukan urutan bayi di atas permukaan yang lembut seperti tilam atau sofa. ❌Lakukan di atas lantai yang dialas dengan tuala atau kain yang bersih. ❌Semasa mengurut, perhatikan reaksi bayi. Jika bayi tersebut sudah mula menunjukkan tanda-tanda tidak selesa. ❌Antara tanda-tandanya: menangis, menahan nafas, mata melihat ke arah lain. ❌Jika bayi mudah teruja dengan urutan anda, cuba elakkan bercakap atau menyanyi semasa urutan. Ini kerana semasa teruja, otot mereka berada dalam keadaan yang tidak rileks. Urutan memerlukan otot-otot mereka rileks. . . Urutan bayi sama sekali berbeza dengan urutan orang dewasa. Urutan bayi hanya pada permukaan kulit kereka sahaja, tidak perlu menekan jari ke dalam otot mereka. . ...

ANAK TAK MAHU PERGI TASKA? NAK BUAT MACAM MANA YER

Image
TIPS MEMUJUK ANAK KE PUSAT ASUHAN PADA KALI PERTAMA Pengalaman saya, hari pertama menghantar anak ke nursery adalah hari yang paling mendebarkan sekali. Mana taknya, anak dah start rapat dengan kita, tapi kena hantar ke nursery sebab kita sendiri kena kerja. Masa itulah, perasaan dan keinginan nak berhenti kerja tu membuak-buak. Rasa meronta-ronta je hati ni, Tuhan je yang tahu kan. Tapi bila dah masuk anak kedua ni, saya dah agak biasa sikit dah, dan kalau ada orang minta tips, saya boleh je beri. Akak-akak semua nak tips ke? Jom baca kat bawah ni. 🌻Pada malam sebelum hari kita hantar anak ke pusat asuhan tu, bisik di telinga anak pasal esok. Dia tak faham pun tak apa, janji kita beritahu dia awal-awal. Waktu faveret saya adalah waktu sebelum dia tidur. 🌻Pada hari kejadian, kita sendiri kena bangun awal dan siapkan segala keperluan anak tu. Pampers, susu dan botol susu, pakaian (3-4 pasang), dan sebagainya. Kalau anak ada menghidap penyakit seperti asma atau lain-lain,...