WALKER BABY : PERLU ATAU TAK YA ?
Walker baby sudah jadi benda wajib dikalangan ibu bapa. Katanya senang nak pantau tak nak bagi anak berjalan merata dalam rumah tu. ANDA SILAP Pakar-pakar keselamatan dan kesihatan sangat tidak menggalakkan penggunakan walker bayi, kerana jumlah kemalangan dan kecederaan yang diakibatkan olehnya adalah tinggi. Walker bantu berjalan adalah berbahaya kerana ia memberi bayi kelajuan dan ketinggian tambahan serta akses kepada benda-benda yang membahayakan. Di Kanada, penjualan walker bayi telah diharamkan sejak tahun 2004. Kebanyakan kecederaan disebabkan kejatuhan apabila walker tertonggeng dan bayi terpelanting jatuh ke bawah tangga atau merempuh perabot, alat pemanas elektrik atau ketuhar. Walker tidak membantu bayi belajar berjalan. Sebaliknya, menggunakannya dengan berlebihan mungkin akan merencatkan sedikit perkembangan bayi. Bayi perlu meniarap, merangkak, duduk dan bermain atas lantai, untuk membolehkan dia mencapai tahap-tahap utama dalam perkembangannya. Adalah lebih b...