ULSER MULUT : PUNCA DAN CARA MERAWAT


.
Apa itu ulser mulut?

Ulser mulut adalah luka kecil di dalam bahagian mulut yang sangat sakit dan ia mengambil masa beberapa hari untuk sembuh. Selalunya ia mempunyai permukaan yang lebih cerah berbanding permukaan mulut yang biasa.
.
Punca Ulser Mulut👄

Terdapat beberapa faktor dan punca yang menyebabkan ulser mulut berlaku. Ianya adalah:

😧 Luka pada bahagian mulut disebabkan gosok gigi dan juga tergigit
😧 Mulut yang sensitif kepada makanan yang berasid seperti strawberi, limau, dan nanas
😧 Kurang vitamin terutamanya vitamin B12, Folate dan zat besi
😧 ‘dental braces’
😧 Jangkitan bakteria, virus ataupun kulat
😧 Jangkitan virus yang menyebabkan penyakit kaki, tangan dan mulut juga boleh menyebabkan masalah ini. Kanak-😧 kanak terutamanya selalu menghadapi masalah ini.
.
Ulser di dalam mulut juga mungkin menjadi salah satu tanda individu tersebut mempunyai penyakit yang lebih teruk seperti:

👄 Keradangan usus (Inflammatory bowel disease)
👄 Kencing manis
👄 Systemic Lupus Erythematosus
👄 HIV/AIDS
👄 Kanser mulut
.

Cara merawat ulser mulut. 

1. Air Garam



Air Garam dapat mengurangkan sakit dan mematikan kuman yang mengakibatkan ulser tersebut, kita hanya perlu berkumur air garam 2-3 kali sehari sahaja. 

2. Air Kelapa


Kenaikan suhu badan juha boleh jadi penyebab berlakunya ulser. Minum air secukupkan atau amalkan air kelapa untuk mengimbangi suhu badan kita

3. Marjerin


Marjerin juga berupaya menyembuhkan ulser di mulut. Cuma letakkan marjerin pada sekitar kawasan yang terkena ulser dan ulangi sehingga ulser betul-betul sembuh.

4. Madu


Bahan pembunuh yang terkandung dalam madu boleh menyembuhkan luka dan jangkitan dengan cepat. Ia mampu merawat ulser dengan berkesan.

5. Soda penaik


Perlu campurkan soda penaik ini dengan air suam sikit, dan letakkan di bahagian yang dijangkiti ulser untuk penyembuhan pantas.

Bagaimanapun segeralah berjumpa doktor jika ulser anda kekal selama 3 minggu, menjadi merah dan sakit kerana ia mungkin jangkitan serta asyik kembali walaupun diubati.

Tahukah anda bahawa minyak herba asmak juga boleh digunakan sebagai salah satu alternatif untuk merawat ulser. Hanya perlu sapu di kawasan tersebut, ulser cepat sembuh. Kurang menyakitkan dan bagaikan makan gula-gula hacks sahaja. 

Pastikan 1Rumah1MHA, berbaloi sangat. 



Kredit artikel kepada
Ulser dan Punca ulser: Blog Ediagnosa

Artikel 'Cara Merawat Ulser Mulut' : Muhammad Nurhaziq dari sayapejuangbahasa.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MENJEMPUT REZEKI

BUAH-BUAHAN YANG AMAT SESUAI DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG.

BAGAIMANA NAK MENGHILANGKAN KAHAK HIJAU.