APA ITU TONSIL?




Tonsil terdiri daripada sekumpulan kelenjar atau tisu limfoid yang berperanan membantu sistem pertahanan tubuh (sistem imun) untuk melawan serangan penyakit. Tonsil terletak di dalam bahagian rongga mulut.

Fungsi utama tonsil adalah untuk menapis serta memerangkap sebarang jenis bakteria atau virus yang masuk ke dalam rongga mulut melalui aktiviti pernafasan atau pemakanan.

Secara amnya, terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut manusia:-

🔶Adenoid – tonsil yang terletak di  pangkal dalam rongga hidung

🔶Lingual tonsil – tonsil yang terletak di pangkal lidah

🔶Palatine tonsil – tonsil yang terletak di bahagian tekak (farinks)

Jenis-jenis Tonsil
===============
Namun dalam konteks tonsilitis atau bengkak tonsil ini, kita lebih merujuk kepada tonsil yang terdapat di dalam ruangan tekak (farinks) iaitu Palatine Tonsil. Ia lebih mudah dilihat terus dari bukaan mulut.

Setiap individu mempunyai 2 biji tonsil di kedua bahagian sisi dinding tekak. Ia juga mempunyai saiz yang berbeza bagi setiap individu.

Apa Itu Tonsillitis?
================
Secara normalnya, apabila terdapat jangkitan virus atau bakteria, sel-sel imun di dalam tonsil akan merembeskan sejenis protein yang dikenali sebagai antibodi untuk membunuh bakteria dan virus ini daripada menjangkiti tekak dan paru-paru.

Bergantung kepada jenis bakteria atau virus, apabila berlaku serangan yang berlebihan, tonsil akan mula mengalami kesan sampingan seperti keradangan dan pembengkakan. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untuk melawan virus penyakit.

Apakah Faktor Punca dan Gejala Tonsilitis?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan:

🔷Virus – Dikategorikan sebagai penyebab utama tonsilitis sama ada dari jenis Herpes Simplex Virus (HSV), Adenovirus, Epstein-Barr virus (EBV), Cytomegalovirus(CMV) dan virus measles (campak).

🔷Bakteria – Dikategorikan sebagai 15% ~ 30% penyebab jangkitan tonsilitis dari jenis bakteria seperti streptococcus pneumoniae, staphylococci, Hemophilus Influenza dan lain-lainnya.

Tonsilitis boleh menunjukkan simptom-simptom ringan atau berat bergantung kepada keadaannya. Antara gejalanya ialah :-

😩Sakit tekak yang sama ada biasa-biasa atau lebih teruk

😩Mengalami kesukaran untuk menelan atau rasa sakit apabila menelan

😩Demam bersuhu tinggi (38°C ~ 40°C) di iringi dengan rasa seram sejuk dan menggigil

😩Tonsil membengkak (sama ada kedua belah atau sebelah sahaja) & berwarna tompok merah

😩Wujud bintik-bintik putih atau kuning pada permukaan tonsil

😩Sakit kepala dan sakit-sakit badan

😩Suara garau atau hilang suara

😩Mengalami bengkak pada leher atau pangkal rahang mulut

😩sakit pada telinga akibat tekanan dari dalam

😩Mulut berbau busuk

😩Berdengkur waktu tidur

😩Hilang selera makan

😩Rasa mual, muntah-muntah atau sakit bahagian abdomen bagi kanak-kanak

Gambar di bawah menunjukkan gambar tonsil yang bengkak dan kadang-kadang tumbuh keputihan (bintik putih) seperti nanah pada tonsil.

Komplikasi Radang Tonsil

Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.

Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.

Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.

Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).

“Sleep apneoa” atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembengkakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Cara Mengatasi Radang Tonsil

Ada beberapa kaedah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tonsilitis. Antaranya:

💠Tanpa rawatan – Pilihan untuk jangkitan tonsil yang ringan dan akan sembuh dalam beberapa ketika.

💠Minum air dengan banyak – Memang sukar untuk menelan jika mengalami masalah bengkak tonsil yang agak serius. Namun, air yang banyak amat membantu tubuh untuk mengekalkan hidrasi tubuh. Lebih-lebih lagi apabila mengalami demam pada suhu tinggi. Kekurangan air akan menyebabkan tubuh mengalami kehilangan air, sakit kepala, keletihan dan simptom-simptom lain yang lebih buruk.

💠Penggunaan ubat paracetamol atau ibuprofen – Digunakan untuk meredakan kesakitan, sakit kepala dan demam. Mudah didapati di farmasi atau klinik kesihatan tetapi memerlukan nasihat dan preskripsi doktor sebelum penggunaan.

💠Guna ubat kumur, lozenge atau spray tekak – Juga mudah didapati di farmasi dan berfungsi untuk melegakan ketidakselesaan tekak akibat simptom atau kesan tonsilitis.

💠Antibiotik – Antibiotik hanya sesuai digunakan untuk membunuh bakteria penyebab jangkitan tonsilitis. Ia tidak berkesan terhadap jangkitan melibatkan virus.  Pengunaanya memerlukan nasihat dan pemerhatian doktor kerana boleh menyebabkan kesan sampingan seperti cirit-birit, sakit perut dan sebaganya. Biasanya antibiotik diberi jika tanda-tanda jangkitan semakin kronik, tonsilitis lambat sembuh walaupun setelah beberapa hari atau pesakit mengalami masalah imun sistem yang lemah.

💠Pembedahan tonsil (tonsillectomy) – Ia diambil sebagai jalan akhir jika tonsilitis berlaku pembengkakan serius, menutup saluran pernafasan, bernanah yang banyak atau berlaku dengan kerap berulangan sepanjang tahun.

💠Kaedah rawatan alternatif – Terdapat banyak kaedah rawatan alternatif untuk membantu mencegah tonsilitis daripada menjadi semakin serius terutamanya pada peringkat awal atau mengawal simptom-simptom ringannya. Penggunaan herba atau bahan-bahan semulajadi seperti madu, garam, bawang putih, limau, kunyit, halba dan sebagainya boleh dijadikan sebagai penawar.

Sumber: https://yourfabulousmama.net

Selain daripada itu, Ikhtiarlah dengan Minyak Herba Asmak. Hanya sapuan di bahagian leher melegakan tonsil.




Untuk tempahan boleh piyem kak siti di www.wasap.my/60197582312

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MENJEMPUT REZEKI

BUAH-BUAHAN YANG AMAT SESUAI DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG.

BAGAIMANA NAK MENGHILANGKAN KAHAK HIJAU.