CARA YANG BETUL UNTUK HILANGKAN KAHAK BABY BATUK & SELSEMA

Tips hilangkan kahak bayi.


Bukan sahaja anak, tentu sekali ibu-bapa tidak dapat tidur lena kalau ada asyik batuk-batuk bukan? Kadangkala, rasa Risau seharian dengan keadaan anak yang mengalami kesukaran untuk tarik nafas.

Batuk dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Cuaca yang tidak menentu, tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.

Bayi sukar untuk buang kahak sendiri. Yer lah.. Mereka masih kecil jadi ada antara mereka belum dan tidak pandai untuk keluarkan kahak.

Oleh itu, mama dan papa boleh gunakan cara dibawah.

⭕️ Tepuk guna 5 jari pada atas belikat baby dan tepi dada baby,dengan cara lengkungkan tapak tangan (bentuk C-rapatkan semua jari) agar tak kena bahagian badan lain baby dan tak sakitkan kulit bayi.

⭕️  Berhenti bila baby menangis bila mak ayah tepuk.

⭕️  Letak baby atas bantal. Dukung boleh.Atas riba pun boleh.Ikut keselesaan ibu ayah dan bayi.

⭕️ Sebaiknya tepukan 5 jam sekali. Selama 3 hari berturut.

⭕️ Mak ayah kena periksa lendir yang baby keluarkan, putih, kuning atau hijau.




Mona Masrur,
ExMisiNicu

kredit video oleh bapa bayi: Muhamad Razi Bin Yusrizal

Dr dalam video :Dr Safwan Saifudin.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MENJEMPUT REZEKI

BUAH-BUAHAN YANG AMAT SESUAI DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG.

BAGAIMANA NAK MENGHILANGKAN KAHAK HIJAU.