ALERGI PADA BAYI & KANAK-KANAK
Apa tu Alergi ?
Sebenarnya, alergi atau alahan adalah reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut, dimakan atau yang hanya disentuh.
Sistem keimunan badan bertindak balas terhadap alergen bahan yang membangkitkan reaksi dengan mengeluarkan histamin dan kimia-kimia lain yang menyebabkan simptom seperti kongesi hidung serta sistem respiratori, gatal hidung atau hidung meleleh, pedih tekak, diarhea atau cirit-birit, mata berair dan gatal, dan ruam gatal.
.
.
Alergi ni boleh diwarisi ke ?
Sememangnya alergi itu lazimnya diwarisi secara turun temurun, walaupun mungkin setiap ahli keluarga mempunyai alergi berlainan. Seorang anak mungkin menghidapi asma, manakala seorang lagi cenderung mendapat diarhea.
Memberi bayi susu badan secara ekslusif untuk enam bulan pertama akan dapat mengurangkan kejadian alergi baginya semasa di peringkat umur muda.
Next post saya akan share senang tak nak kesan alergi pada bayi anda
Stay tuned !
#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak #MaduKurmaMerah
Comments
Post a Comment