ANAK MENANGIS DALAM KAPAL TERBANG. APA PATUT KITA BUAT?

PANIK KETIKA ANAK MENANGIS DALAM KAPAL TERBANG


Situasi yang biasa kita lihat dalam kapal terbang. Bagi yang bujang mungkin tidak kisah sangat tapi bagi para ibu bapa situasi ini amat merisaukan mereka.

Jika anda sebagai ibu bapa menghadapi situasi ini, apa yang saya boleh nasihatkan ialah BAWA BERTENANG. Jangan panik dan jangan hiraukan orang sekeliling. Fokus kepada anak anda.

Dalam menangani situasi ini, ada beberapa tips yang saya nak share :

✅ Aturkan segalanya sebaik mungkin terlebih awal dan pastikan anda tenang dan cukup rehat apabila memulakan perjalanan.
✅ Rancang dan lengkapkan bagasi tangan dengan cermat dan sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan. Anda akan rasa lebih tenang dan bersedia untuk menikmati perjalanan apabila tiba di tempat duduk anda.
✅ Memberi susu badan atau susu botol semasa berlepas dan mendarat akan membantu untuk mengurangkan sebarang kesakitan telinga yang mungkin terjadi. Menghisap dan menelan akan melegakan tekanan yang membina di dalam telinga bayi anda.
✅ Jika bayi anda tetap juga mula menangis, dia mungkin sejuk, panas, bosan, lapar atau terasa penat. Berjalan berulang-alik di lorong mungkin menenangkan si comel anda tanpa menganggu penumpang-penumpang lain. Atau berikan barang permainan kegemarannya untuk mengalih perhatian.
✅ Jika si comel tidak berjaya dipujuk, bawalah dia ke bahagian belakang di mana bunyi enjin boleh menenggelamkan tangisannya. Sentiasa bertenang, tumpukan kepada bayi anda dan bercakap secara lembut dengannya. Tunjukkan permandangan ke luar tingkap, ianya mungkin boleh mengalih perhatian dan menenangkannya
✅ Usah pedulikan komen biadap atau keluhan penumpang lain. Pada kebanyakan masa, mereka akan bersimpati apabila melihat anda cuba menenangkan si comel.

Kebiasaannya bila situasi ini berlaku kebanyakkan penumpang yang lain akan faham. Jangan terkejut tiba-tiba ada penumpang yang bermain dengan anak anda untuk meredakan tangisan anak anda itu 😊

Ingat untuk sentiasa BERTENANG 💪🏻


#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MENJEMPUT REZEKI

BUAH-BUAHAN YANG AMAT SESUAI DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG.

BAGAIMANA NAK MENGHILANGKAN KAHAK HIJAU.