BAGAIMANA SENTUHAN KASIH SAYANG MEMBANTU DALAM PERKEMBANGAN ANAK-ANAK
Mendidik anak dengan ikhlas, bersungguh-sungguh dan penuh kasih sayang kerana ia akan memberi kesan psikologi yang dalam kepada anak.
Anak-anak yang dibesarkan dengan kasih sayang akan membesar diiringi perkembangan emosi yang stabil. Malah anak-anak lebih cenderung mentaati dan menghormati ibu bapa yang menggunakan pendekatan yang sedemikian.
Sebuah hadis Rasulullah s.w.t. bermaksud:
“Sesiapa yang tidak menyayangi manusia, maka dia tidak akan disayangi oleh Allah”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Anak perlu dibesarkan melalui kasih sayang lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Peringkat remaja merupakan fasa yang kritikal kerana banyak pengaruh luar sedang menarik perhatian mereka.
Menurut kajian, persekitaran dan rakan lebih berpengaruh berbanding ibu bapa pada usia remaja. Oleh itu Ibu bapa perlu menzahirkan kasih sayang tetapi hendaklah dalam bentuk yang sesuai, dan bukan dengan kebendaan semata-mata bagi meraih pengaruh daripada anak-anak.
Walau bagaimanapun tempoh masa amat diperlukan bagi menzahirkan betapa anda mencintai dan menghargai mereka dengan kasih sayang.
Selain menunjukkan kasih sayang untuk anak melalui barang-barang kesukaan, ibu bapa juga perlu memenuhi keperluan psikologi kanak-kanak dalam bentuk kasih sayang dan perhatian. Semua kanak-kanak mempunyai tanggapan dan persepsi yang berlainan tentang apa itu kasih sayang dari ibu bapa mereka.
Ia boleh ditunjukkan dalam pelbagai cara, contohnya melalui sentuhan fizikal atau dengan memberi sokongan apabila mereka dalam kesulitan ataupun meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama.
Kasih sayang untuk anak boleh ditunjukkan dengan pelukan, ciuman atau belaian lembut apabila mereka menangis, sebelum tidur atau sebelum ibu bapa pergi bekerja.
Perbuatan yang mudah ini boleh menunjukkan lebih banyak kasih sayang untuk anak yang lebih peka terhadap sentuhan fizikal dari menggunakan perkataan.
Sentuhan sederhana pada belakang kepala, bahu atau belakang ketika bercakap dengan mereka. Kadang kala, sifat ego ibu bapa menghalang sentuhan di dalam sesetengah keadaan khususnya terhadap anak . Sedangkan kesan sentuhan terhadap anak remaja adalah lebih ketara berbanding kanak-kanak yang lebih muda usianya.
Berikut adalah makna sentuhan kasih sayang dimana secara tak langsung menunjukkan luahan hati ibu ataupun bapa kepada anak-anak.
Ciuman amat penting untuk anak, tapi tahukah ibu bapa cara betul dan anggota mana yang perlu dicium oleh ibu bapa setiap hari? Setiap Ibubapa patut wajib tahu info ini
Selain itu, ibubapa juga boleh tambah gosok atau sentuhan di 4 anggota diatas atau 2 extra tempat lagi contohnya, belakang leher sekiranya anak nampak risau atau tidak tenteram. Gosokkan bahagian dada,untuk mengurangkan kenakalan anak. Sambil-sambil tu, ibubapa juga cuba berselawat atau mengamalkan bacaan surah pendek seperti al-fatihah atau ayat kursi.
Pantang larang !
Jangan sesekali cium di bahagian bibir kerana hanya untuk pasangan halal kita. Ciuman di bibir merupakan anggota penuh dengan reseptor yang membuat tempat itu menjadi supersensitif. Dikhuatiri anak menjadi keliru dan membangkit nafsu syahwat.
Sumber:
https://my.theasianparent.com
https://tudungsicomel.com
https://www.majalahpama.my
Comments
Post a Comment