PANDUAN SIHAT UNTUK SNEK HAMIL
Trimester pertama
- Anda tidak memerlukan lebih
kalori namun anda perlukan lebih folat
- Snek yang kaya dengan folat
adalah salad yang menggunakan daun bayam kecil dan bitrus atau kukus
asparagus yang sesuai dimakan dengan pencicah
- Makan buah oren dan buah
tembikai
- Makan kepingan roti yang
berserat tinggi dalam peti ais agar anda boleh mengambilnya ketika hendak
makan
- Mengambil makanan snek yang
mempunyai Vitamin A kerana ia membantu sistem peredaran, organ, pernafasan
serta sistem saraf bayi.
- Vitamin A juga akan
menguatkan badan
- Makanan yang mempunyai
vitamin A dalah seperti keju dan telur
- Selain itu, anda juga boleh
masukkan potongan buah mangga dan betik ke dalam bijirin
- Antara panduan lain adalah
halia dapat melegakan mabuk hamil. Contohnya masakan atau pencuci mulut
yang mempunyai halia
- Mengambil makanan
berkhasiat dengan menggabungkan sayur- sayuran dengan sup.
Trimester kedua
- Anda tidak perlu
meningkatkan kalori, tetapi memastikan anda mendapat kalsium yang cukup
dimana ketika itu gigi dan tulang bayi mulai terbentuk
- Mengambil produk tenusu yang
mempunyai kandungan lemak rendah kerana banyak kalsium mudah diserap oleh
badan
- Contoh produk tenusu adalah
snek seperti Yogurt
- Minum susu pada waktu makan
akan membantu anda merasa mengantuk
- Selain tenusu adalah produk
soya yang juga mengandungi kalsium
- Buah tin kering serta badam
mengandungi kalsium dan senang di bawa ke mana sahaja
- Tahap ini anda memerlukan
banyak tenaga oleh itu ambil lah snek yang mengandungi vitamin C dan vitamin
B1
- Antaranya ialah roti bakar
bijirin penuh dengan sebiji tomato, sup cendawan dan buah oren mandarin
- Vitamin C dapat melindungi
sel dalam badan tidak rosak dan memastikan sistem imun berkeadaan baik
- Vitamin C akan memastikan plasente berkembang dan berfungsi dengan baik serta membantu lapisan dinding perut untuk menyerap zat besi.
- Antara buah-buahan lain yang
mengandungi vitamin C adalah kiwi dan strawberry
- Seterunya adalah mengambil
vitamin B iaitu dengan makan bijiran sarapan
- Vitamin B terdiri daripada
vitamin B1, B2, B6, B12, niasin dan folat yang dapat membantu kesihatan
badan
- Thiamin juga diperlukan pada
trimester akhir untuk memudahkan anda mengeluarkan tenaga daripada makanan
- Contoh makanan yang thiamine
adalah sayur hijau dan beras perang
- Selain itu, roti bijian bakar dengan kacang panggang juga membekalkan khasiat kepada anda
Kredit :
Comments
Post a Comment