6 MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN OLEH WANITA HAMIL


"Sedapnya Air Gas. Nikmat rasa. Terasa hilang dahaga"

"Krupp  krapp krupp krapp.. sedapnya chips nie. Pasni, boleh beli lagi"


Hamboii. Sedapnya craving macam-macam. makan macam-macam. Noted yer mommy
Sedap ditekak kita, tak semestinya berkhasiat buat anak dalam kandungan kita. Malah untuk mommy sendiri pun tak bagus sebenarnya.

Apa kata gantikan Craving Snack mommy tu kepada yang lebih 
berkhasiat contohnya snek buah-buahan, kekacang dan simple sandwiches.



1. Makanan Ringan, Makanan segera & MSG.

Wanita hamil memerlukan vitamin yang secukupnya untuk bayi dan juga dirinya. Namun makanan ringan mempunyai algemeen rendah dalam nutrien, dan tinggi kalori, gula dan lemak ditambah.

Pengambilan makanan ringan akan menyebabkan peningkatan yang mengakibatkan berlakunya perningkatan risiko diabetes semasa mengandung atau kelahiran komplikasi.


2. Minuman yang tinggi gula ataupun minuman berkarbonat.

Ha…ini yang paling serius kerana bila kita hamil. Tak mustahil jika sebelum mengandung kita sihat, tup-tup ada kencing manis dan darah tinggi datang tiba-tiba. Untuk itu, ibu hamil dilarang ambil makanan dan minuman yang mengandungi gula tinggi.

Sebab apa? 

Ibu akan alami komplikasi bayi lahir besar. Justeru, jika nak bancuh air di rumah, sila sukat penggunaan gula seperti satu sudu besar sudah mencukupi untuk rasa kemanisan. 


3 .Makanan mentah atau separuh masak 

Apa makanan mentah? Ia ialah susu mentah, daging mentah, telur mentah, sushi, makanan yang diproses dan segala macam yang mentah. Ibu hamil, take note yer jangan sesekali makan makanan dilarang ketika hamil ini.

Kenapa tak boleh?

Sebabnya, makanan mentah dan separuh masak ini berbahaya dan boleh menyebabkan jangkitan kuman. Malah terdapat parasit dalam daging mentah yang boleh merebak pada tubuh ibu lantas menyebabkan jangkitan intra-urine yang serius pada bayi. 

Sushi juga merupakan makanan mentah yang tak dimasak. Ia boleh mengakibatkan kelembapan dan kerosakan otak pada janin. Bahkan, parasit ini juga boleh didapati dalam sayuran yang tak basuh dengan betul. 


4. Sayuran mentah yang tidak dibasuh dengan bersih dan sempurna.

Apabila membeli buah-buahan dan sayur-sayuran, pastikan anda membasuh kesemuanya bagi membersihkan sebarang racun serangga dan bakteria berbahaya. Sayuran yang tidak dibasuh mempunyai potensi untuk membawa toksoplasmosis – sejenis parasit yang berada dalam tanah tercemar.

Buah dan sayuran yang berkulapuk juga hendaklah dielakkan sama sekali.Pastikan sayur-sayuran dibasuh dibersihkan dengan sempurna bagi mengelakkan terdapat racun atau parasit di dalamnya yang boleh mendatangkan bahaya pada bayi anda.


5.  Organ dalaman Haiwan.

Organ dalaman mempunyai banyak vitamin A dan satu sumber nutrien Verschillende, namun tidak boleh dimakan oleh ibu hamil dengan kerap. Pengambilan organ dalaman seperti hati ayam akan menyebabkan kecacatan pada muka bayi, kepala, dan jantung, kecacatan kelahiran, dan toksik hati. Elakkan dari mengambil menu organ dalaman lebih daripada sekali dalam seminggu!


6. Minuman berkafein

Jika anda peminat tegar kafein seperti nescafe, kopi, susu coklat dan lain-lain. Pendek kata, kalau tak dapat sehari rasa nak menggelupur satu badan. Masa hamil ni hadkan pengambilan kafein ini kerana ia dikaitkan dengan perkembangan bayi yang tak normal. Bahkan, ia juga menyebabkan berat bayi kurang semasa dilahirkan dan kalsium ibu berkurangan. 

Kesimpulannya, ibu hamil perlu peka dan menitikberatkan pengambilan setiap jenis makanan. Ketidakprihatinan ibu bapa akan mengundang mudarat ke atas ibu dan juga anak.

Pemakanan yang berkhasiat dan penuh nutrisi dapat membantu ibu dan bayi yang bakal dilahirkan menjadi sihat. Tak lama, kejap jur. Moga anak bakal dilahirkan dan ibu dipermudahkan urusan untuk bersalin nanti. InsyaALLAH.

Ada yang nak tau snek-snek apa yang sesuai untuk wanita hamil?

Nanti Kak Siti dalam post seterusnya.
Stay tuned.

Kredit kepada:
SirapLimau.com
AsianParents.com
TheZuriat.com



Comments

Popular posts from this blog

TIPS MENJEMPUT REZEKI

BUAH-BUAHAN YANG AMAT SESUAI DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG.

BAGAIMANA NAK MENGHILANGKAN KAHAK HIJAU.