BEGUK. JANGAN SESEKALI DIPANDANG RINGAN.
Tergerak kali nie nak google mengenai masalah Beguk. Bukan apa, terkejut juga sejak akhir-akhir kedatangan rakan sekelas anak ramai yang cuti disebakan Beguk. Lebih kurang 4 orang yang cuti sakit disebabkan oleh Beguk. Biar betul. Ramai jugak kan untuk satu kelas. Ishhh rasa risau pulak, takut terjangkit kat anak-anak.
Beguk nie macam mana yer?
Macam mana nak kenal Beguk?
Mesti korang tertanya macam mana kan.
Menurut portal MyHEALTH
yang disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beguk merupakan penyakit
yang disebabkan virus Paramyxovirus dan menyebabkan pembengkakan dan rasa sakit
pada kelenjar parotid.
Bagaimana ia merebak?
Beguk yang juga dikenali sebagai bengkak cantik atau mumps, mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin.
Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.
Simptom Penyakit Beguk
Tanda dan wabak jangkitan bermula selepas 12 -25 hari berhubungan dengan mereka yang telah dijangkiti. Namun, tak semua orang yang dijangkiti Beguk akan menunjukkan tanda-tanda awal. Mereka kemungkinan mengalami simptom seperti:-

- Demam.
- Sakit kepala
- Mulut kering dan hilang selera
- Keletihan
- Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid
Adakah ia satu penyakit yang ringan (biasa)?
Majoriti jangkitan adalah ringan dan akan pulih sendiri. Jika tanpa komplikasi, keadaan akan kembali normal selepas 10 hingga 12 hari.
Walaupun semua yang dijangkiti biasanya akan pulih sepenuhnya, segelintir juga menghadapi risiko bahaya seperti berikut:
• Encephalitis (pembengkakan pada otak)
• Meningitis (pembengkakan pada lapisan otak)
• Panccreatitis (pembengkakan pada pankreas)
• Orchitis (lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa
• Pekak
Cara merawat
Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi simptom-simptom boleh dilegakan dengan :
1. Berikan anak ubat contohnya, Paracetamol untuk demam, sakit kepala dan juga sakit di bahagian kebengkakan. Penbengkakak adalah disebabkan oleh maslah kelenjar air liur yang membengkak.
2. Berikan air yang cukup
kepada anak untuk mengelakkan dehidrasi. Ini kerana anak yang mengalami masalah
beguk akan cenderung untuk tidak mengambil makan dan minum akibat sakit.
Pastikan, ambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus berasid.
3. Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ia tidak boleh lagi berjangkit (iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakam kelenjar saliva) atau sehingga bengkak hilang.
3. Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ia tidak boleh lagi berjangkit (iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakam kelenjar saliva) atau sehingga bengkak hilang.
Terdapat petua menggunakan nila baju untuk surutkan bengkak beguk. Seeloknya dapatkan rawatan doktor dengan segera. jangan tunggu sampai bengkak. Bahaya!
Langkah Pencegahan Dari Awal
Portal MyHEALTH ada mengatakan bahawa penyakit Beguk boleh dicegah dengan vaksin yang diberikan pada umur 12bulan dan kemudian suntikan pada umur 7 tahun sebahagian daripada vaksin MMR - Mumps (Beguk), Measles (Cacar) dan Rubella.
Pastikan anak-anak kita mengambil semua suntikan vaksin yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Mencegah itu lebih baik.

Comments
Post a Comment