TOLONGLAH KEDEKUT BAYI ANDA DENGAN ORANG
“Comelnya dia… Eeee geram Aunty tengok. Mari sini nak sayang sikit boleh?.
Situasi biasa yang kita hadapi bila sedara mara ke kawan-kawan datang ke menziarahi meraikan kehadiran orang baru. Habis dicium bayi tersebut tak kurang juga yang bergambar. Tapi sedar tak sedar bayi anda telah terdedah dengan risiko kesihatan dari seseorang yang kita sendiri pun tak tahu tahap kesihatannya macam mana.
Bayi tak boleh dicium ataupun dipegang macam tu je sebab sistem imun mereka masih lemah dan mudah dijangkiti penyakit. Ada yang anggap benda ni remeh je padahal ianya memberi impak yang besar. So mummy daddy diluar sana tolong kedekut sikit anak tu dengan orang.
Kenapa tak boleh cium atau pegang bayi tu sesuka hati ?
1. VIRUS DEMAM, BATUK & SELSEMA MUDAH BERJANGKIT
Ketika mencium bayi baru lahir, kuman seperti batuk, selsema, dan demam boleh ikut berpindah dari mulut (air liur) ke pipi atau bibir si kecil. Disebabkan bayi baru lahir belum mempunyai imuniti sekuat orang dewasa, maka mereka lebih mudah diserang jangkitan tersebut.
2. RUAM KULIT
Ruam kulit boleh berlaku kepada bayi yang begitu sensitif terhadap persekitarannya, lebih-lebih lagi bayi pramatang atau bayi yang mengalami eczema. Oleh itu, pastikan ibu bapa juga sentiasa mengamalkan kebersihan apabila ingin memegang dan menyentuh bayi baru lahir.
3. ASAP ROKOK "BASI"
Apabila seorang perokok itu merokok, kesan-kesan nikotin masih akan terlekat di kulit dan bajunya walaupun selepas berjam-jam lamanya. Yang mengejutkan, kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok ‘basi’ ini sebenarnya adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.
4. WAJAH BAYI KAWASAN BAHAYA
Kalau nak tahu bahagian wajah bayi baru lahir adalah amat sensitif. Penyebaran virus boleh terlekat, boleh dimasuki melalui hidung, atau tersebar melalui mulutnya.
5. VIRUS MERBAHAYA LAIN MAMPU MENYERANG SI KECIL
Selain penyakit biasa seperti batuk dan demam, wabak merbahaya seperti meningitis, herpes, cacar air, dan sebagainya. Virus sebegini mampu mengganggu badan si kecil anda dan boleh mendatangkan kesan yang buruk kelak.
Kadang orang tak faham kenapa ada mummy dan daddy tak bagi seseorang itu pegang ataupun cium bayi mereka kerana mereka tahu risiko yang akan dihadapi kalau mereka tak ambil kisah mengenai perkara ini. So anda tak perlu kecil hati ke terasa ke sebab ini semua untuk keselamatan si kecil. Nanti bila anda ada anak sendiri anda akan rasa apa yang mummy daddy lain rasa iaitu keselamatan dan kesihatan anak lebih utama.
Semoga bermanfaat 😊
#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily
Comments
Post a Comment