Harini kita off topic sikit.

 Saya nak share isu berkaitan kesihatan mental kita iaitu Anxiety Disorder. Ada yang pernah alami dan tak kurang juga yang sedang alami penyakit ni tapi mereka tak sedar pun mereka sedang lalui penyakit ni.

Kalau nak tahu Anxiety Disorder ni bermaksud kebimbangan yang berlebihan sehingga menganggu aktiviti seharian. Perasaan bimbang ni normal dalam kehidupan seharian tapi bila terlalu bimbang yang berlebihan ia akan menjerumus kita ke Anxiety Disorder.

Macam mana saya nak tahu saya menghidap Anxiety Disorder ?. Kebiasaannya bila seseorang itu mempunyai Anxiety Disorder, mereka akan :

❌ Jantung berdengup laju
❌ Cepat stress
❌ Sentiasa berasa terancam
❌ Susah nak fokus atau berfikir
❌ Kejang otot
❌ Tak boleh tidur
❌ Cepat panik
❌ Badan lesu dan letih

Anxiety Disorder ni bukan saja boleh merosakkan badan kita tapi ia mampu mempengaruhi personaliti kita dimana ada beberapa kes yang menunjukkan Anxiety Disorder akan membuat seseorang itu menghidap penyakit yang serius iaitu Schizophrenia & Bipolar Disorder.

Jika anda mempunyai tanda-tanda macam saya ceritakan ni, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat serta melakukan pemeriksaan kesihatan. Kesihatan mental juga penting bukan setakat tubuh badan sahaja kena balance antara dua ini.

Pesanan ini ikhlas dari kami Minyak Herba Asmak


#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MENJEMPUT REZEKI

BUAH-BUAHAN YANG AMAT SESUAI DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG.

BAGAIMANA NAK MENGHILANGKAN KAHAK HIJAU.