PERHATIKAN BATUK ANAK ANDA
Siapa ada anak yang batuk dah lebih dari 2 minggu?. Kalau ada anda kena jaga-jaga sebab itu mungkin tanda anak anda diserang batuk kering.
Batuk kering kanak-kanak mungkin akan bermula sebagai batuk atau penyakit demam biasa je. Tapi bila anak anda tak berhenti batuk selama 2 minggu dan tidak menunjukkan tanda akan sembuh, ada kemungkinan mereka menghidap penyakit batuk kering.
Kalau nak tahu batuk kering atau nama lainnya TUBERKULOSIS (TB) merupakan penyakit bawaan virus Mycobacterium Tuberculosis. Bahayanya virus ni ianya mampu menjejaskan paru-paru. Bukan setakat paru-paru tapi kotak suara, usus juga boleh terjejas dengan virus ini.
Kalau anak anda batuk tidak berhenti lebih dari 2 minggu, anak anda mungkin diserang batuk kering. Antara simptom lain yang menunjukkan anak anda diserang batuk kering ialah :
1. Demam
2. Menggigil
3. Kahak yang banyak
4. batuk berdarah
5. Sesak nafas
6. Sakit dibahagian dada.
Bila anak anda menunjukkan simptom ni terutama batuk berdarah, segeralah pergi ke klinik mahupun hospital. Jangan sesekali ambil mudah mengenai kesihatan anak anda nanti anda juga yang menyesal.
#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatIbuTenang
#Wearefamily
Comments
Post a Comment