ANAK TANTRUM : JANGAN GELABAH



Kanak-kanak ni kadang-kadang susah kita nak ramal perangai dia. Kejap okay kejap tak lepastu okay balik. Bila tak okay dia mula keluar tantrum dia. Habis semua benda dia lempar dia sepahkan.

Sebagai ibu bapa, saya minta anda jangan cepat melenting. Lagi anda melenting lagi dia menjadi-jadi. Menurut Dr Harlina Bahar, Pakar Perunding Psikitiari Kanak-Kanak & Remaja tantrum biasa terjadi pada pada kanak-kanak yang berumur 18-48 bulan.

Bila anak sedang tantrum, perkara pertama anda kena buat ialah bawa bertenang. Kalau anda pun tak sabar lepastu melenting benda ni akan memburukkan lagi keadaan. Antara perkara yang anda boleh try untuk redakan tantrum anak anda ialah :

✅ Kena tahu punca kenapa anak anda mengamuk
✅ Sibukkan anak anda dengan sesuatu
✅ Alihkan perhatian mereka dengan tunjukkan video kesukaan mereka atau apa sahaja.
✅ Jangan layan tantrum anak. Anda kena bertenang sebab lama-lama mereka akan diam sendiri.
✅ Dengar apa yang anak anda nak cakap atau luah kan. Jangan buat tak tahu , kesian mereka.
✅ Pastikan tidur anak anda cukup. Kalau tak cukup tu punca dia mengamuk.

Selepas anak anda dah relex dan tenang, anda boleh cakap dengan dia mengenai tingkah laku dia tadi. Nasihatkan dia secara baik dan jangan tinggikan suara. Bila anda tinggikan suara nanti dia makin nak buat.



Pokok pangkalnya jadilah seorang ibu bapa yang tegas tapi memahami dalam masa yang sama. Semoga bermanfaat ya.

Pesanan ikhlas dari kami Minyak Herba Asmak

#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#Wearefamily

Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA NAK MENGHILANGKAN KAHAK HIJAU.

BUAH-BUAHAN YANG AMAT SESUAI DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG.

TIPS MENJEMPUT REZEKI