APA ITU KLEBSIELLA?
Tahu tak apa benda Klebsiella ni ?
Mostly mungkin tak berapa familiar sangat dengan perkataan ni. Kalau nak tahu Klebsiella merupakan sejenis bakteria yang sangat bahaya dimana ia mampu membiak dengan pantas dan boleh merosakkan tubuh badan manusia. Bakteria ni akan aktif bila sistem imun badan kita lemah dan mampu membiak 2x ganda.
Bakteria ni jenis yang sado sebab mampu hidup dalam usus manusia, saluran pernafasan dan juga kulit bertahun lamanya. Bakteria ni tersangatlah ganas sebab bila sistem imun manusia lemah ia akan menyerang habis paru-paru, saluran kencing, ke dalam darah, ke dalam tisu sendi, membran mukus kelopak mata dan membran otak, menyebabkan proses keradangan yang kuat.
Siapa yang senang kena jangkitan bakteria ini ?. Kalau nak tahu bakteria ini selalu menyerang bayi, kanak-kanak dan orang tua tapi orang dewasa tidak terlepas dari serangan bakteria ini. Macam saya bagitahu tadi kalau sistem imun badan lemah maka bakteria ini akan aktif.
Klebsiella pneumonia (Klebsiella pneumoniae) menjangkiti paru-paru dan menyebabkan bentuk radang paru-paru yang berbahaya. Tanda-tanda penyakit awal menyerupai selesema biasa. Orang yang dijangkiti mempunyai sedikit sakit tekak dan sedikit batuk kering berlaku. Bila bakteria ni menyerang paru-paru ia akan membuatkan kita rasa macam pisau yang menikam dada sebab sakit ketika batuk ataupun bersin.
Bila makin teruk lama-lama anda akan mula batuk berdarah dan ketika itu paru-paru anda berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Apa faktor yang menyumbang kepada jangkitan ini ?
❌ Imunisasi badan yang lemah
❌ Kebersihan tidak dijaga
❌ Rawatan berpanjangan dengan antibiotik
❌ Pengambilan alkohol yang kerap
Apa tanda sekiranya kita dijangkiti bakteria ni ?
💀 Sakit dada ketika batuk, terasa macam ada pisau yang menikam dada
💀 Batuk berdarah. Bila keluar darah ini tanda paru-paru anda dalam bahaya.
💀 Muntah-muntah, cirit birit dan kurang selera makan.
Serangan bakteria ini tersangatlah bahaya sebab bila ia menyerang ia akan ambil masa yang sangat lama untuk sembuh dan boleh membawa maut. Nak elak bakteria ni anda kena selalu menjaga kebersihan, makan makanan yang sihat dan selalu membuat pemeriksaan kesihatan.
Semoga bSihatHatiTenang
#WeAreFamily
Comments
Post a Comment