SUMBER ASID FOLID
Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat :
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan :
Sumber gambar :https://diarysafiyah.com/sumber-folat-semulajadi-untuk-ibu-hamil/
✅ bayam - 1 cawan
✅ kacang bendi - setengah cawan;
✅ asparagus - setengah cawan
✅ lentil setengah cawan
✅ hati - 1 keping
✅ 11 batang taugeh brussels
✅ kacang mata hitam - 4 sudu makan
✅ germa gandum - 25g / 1 aun
✅ betik sederhana besar
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
✅ brokoli kukus - 2 pucuk
✅ buah oren saiz besar
✅ nasi putih - setengah cawan
✅ oat- setengah cawan
✅ kacang merah - setengah cawan
✅ jagung saiz besar - 1
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.
#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak #InfoKesihatan #ProdukAsmakMujarab
Comments
Post a Comment