Posts

Showing posts from February, 2019

KEJAP-KEJAP HILANG SEDAR-SEDAR JE DALAM MULUT DIA DAH.

Image
Kadang si kecil ni mudah obses dengan benda yang mudah menarik perhatian dia macam kunci, remote tv, handphone dan barangan lain. Bila kita bagi dia mainan dia tak nak dia nak juga benda yang saya sebut tadi. Kenapa ya? Kalau mummy dan daddy nak tahu ini semua berkaitan perkembangan minda dan sensori si kecil di mana si kecil mula timbul rasa ingin tahu terhadap objek yang mudah menarik perhatian dia. 1. KUNCI Kunci kalau boleh simpan ditempat yang tinggi sebab si kecil mudah tertarik dengan benda ni sebab berkilat dan kadang bila banyak kunci ia akan mengeluarkan bunyi yang menarik pada si kecil anda. Kunci sangat bahaya pada si kecil anda sebab risau dia akan telan kunci tersebut disamping kunci boleh menjadi tempat berkumpulnya kekotoran dan bakteria berbahaya. 2. REMOTE TV Haaa yang ni memang si kecil suke nak pula yang button dia warna warni macam remote astro tu. Button remote yang menarik tu mampu menimbulkan rasa teruja dan ingin tahu si kecil tapi kena hati-ha

TOLONGLAH KEDEKUT BAYI ANDA DENGAN ORANG

Image
“Comelnya dia… Eeee geram Aunty tengok. Mari sini nak sayang sikit boleh?. Situasi biasa yang kita hadapi bila sedara mara ke kawan-kawan datang ke menziarahi meraikan kehadiran orang baru. Habis dicium bayi tersebut tak kurang juga yang bergambar. Tapi sedar tak sedar bayi anda telah terdedah dengan risiko kesihatan dari seseorang yang kita sendiri pun tak tahu tahap kesihatannya macam mana. Bayi tak boleh dicium ataupun dipegang macam tu je sebab sistem imun mereka masih lemah dan mudah dijangkiti penyakit. Ada yang anggap benda ni remeh je padahal ianya memberi impak yang besar. So mummy daddy diluar sana tolong kedekut sikit anak tu dengan orang. Kenapa tak boleh cium atau pegang bayi tu sesuka hati ? 1. VIRUS DEMAM, BATUK & SELSEMA MUDAH BERJANGKIT Ketika mencium bayi baru lahir, kuman seperti batuk, selsema, dan demam boleh ikut berpindah dari mulut (air liur) ke pipi atau bibir si kecil. Disebabkan bayi baru lahir belum mempunyai imuniti sekuat orang dewasa, ma

10 CARA KREATIF BERSEDEKAH

Image
🌷1 – Letak sabun basuh tangan Ada kebanyakkan masjid yang kita pi, macam kekurangan sabun. Toilet pula kadang agak berbau sebab tak ada pewangi. Jadi ada baiknya kalau kita dapat belikan sabun dan juga pewangi, lepastu letakkan di masjid yang berhampiran. Insyallah ramai yang dapat guna. 🌷2 – Selipar Untuk Masjid Kebanyakkan masjid juga kekurangan selipar yang kita selalu guna untuk ambil wudhu ataupun masuk ke tandas. Apa kata kita beli beberapa selipar jepun dan letak di Masjid. 🌷3 – Simpan Syiling Kita kumpul duit syiling simpan dalam tabung. Tiap kali weekend kita keluarkan duit syiling tadi dan sedekah. 🌷4 – Berikan Baki Bayaran Yang ini paling mudah, contoh kita beli nasi lemak harga RM2, Tapi kita bagi saja duit besar RM5, dan mintak pakcik makcik yang berniaga tu simpan saja baki bayaran. Buat lah sekali, lama lama akan jadi habit. 🌷5 – Kain Pelikat & Telekung Sedekahkan kain pelikat dan telekung di surau shopping mall, surau petrol station dan m
Image
Harini kita off topic sikit.  Saya nak share isu berkaitan kesihatan mental kita iaitu Anxiety Disorder. Ada yang pernah alami dan tak kurang juga yang sedang alami penyakit ni tapi mereka tak sedar pun mereka sedang lalui penyakit ni. Kalau nak tahu Anxiety Disorder ni bermaksud kebimbangan yang berlebihan sehingga menganggu aktiviti seharian. Perasaan bimbang ni normal dalam kehidupan seharian tapi bila terlalu bimbang yang berlebihan ia akan menjerumus kita ke Anxiety Disorder. Macam mana saya nak tahu saya menghidap Anxiety Disorder ?. Kebiasaannya bila seseorang itu mempunyai Anxiety Disorder, mereka akan : ❌ Jantung berdengup laju ❌ Cepat stress ❌ Sentiasa berasa terancam ❌ Susah nak fokus atau berfikir ❌ Kejang otot ❌ Tak boleh tidur ❌ Cepat panik ❌ Badan lesu dan letih Anxiety Disorder ni bukan saja boleh merosakkan badan kita tapi ia mampu mempengaruhi personaliti kita dimana ada beberapa kes yang menunjukkan Anxiety Disorder akan membuat seseorang itu men

APA ITU KLEBSIELLA?

Image
Kalau saya sebut Klebsiella apa yang bermain difikiran anda semua? Tahu tak apa benda Klebsiella ni ? Mostly mungkin tak berapa familiar sangat dengan perkataan ni. Kalau nak tahu Klebsiella  merupakan sejenis bakteria yang sangat bahaya dimana ia mampu membiak dengan pantas dan boleh merosakkan tubuh badan manusia. Bakteria ni akan aktif bila sistem imun badan kita lemah dan mampu membiak 2x ganda. Bakteria ni jenis yang sado sebab mampu hidup dalam usus manusia, saluran pernafasan dan juga kulit bertahun lamanya. Bakteria ni tersangatlah ganas sebab bila sistem imun manusia lemah ia akan menyerang habis  paru-paru, saluran kencing, ke dalam darah, ke dalam tisu sendi, membran mukus kelopak mata dan membran otak, menyebabkan proses keradangan yang kuat. Siapa yang senang kena jangkitan bakteria ini ?. Kalau nak tahu bakteria ini selalu menyerang bayi, kanak-kanak dan orang tua tapi orang dewasa tidak terlepas dari serangan bakteria ini. Macam saya bagitahu tadi kalau sis

ANAK TANTRUM : JANGAN GELABAH

Image
Kanak-kanak ni kadang-kadang susah kita nak ramal perangai dia. Kejap okay kejap tak lepastu okay balik. Bila tak okay dia mula keluar tantrum dia. Habis semua benda dia lempar dia sepahkan. Sebagai ibu bapa, saya minta anda jangan cepat melenting. Lagi anda melenting lagi dia menjadi-jadi. Menurut Dr Harlina Bahar, Pakar Perunding Psikitiari Kanak-Kanak & Remaja tantrum biasa terjadi pada pada kanak-kanak yang berumur 18-48 bulan. Bila anak sedang tantrum, perkara pertama anda kena buat ialah bawa bertenang. Kalau anda pun tak sabar lepastu melenting benda ni akan memburukkan lagi keadaan. Antara perkara yang anda boleh try untuk redakan tantrum anak anda ialah : ✅ Kena tahu punca kenapa anak anda mengamuk ✅ Sibukkan anak anda dengan sesuatu ✅ Alihkan perhatian mereka dengan tunjukkan video kesukaan mereka atau apa sahaja. ✅ Jangan layan tantrum anak. Anda kena bertenang sebab lama-lama mereka akan diam sendiri. ✅ Dengar apa yang anak anda nak cakap atau luah kan. Ja

PERHATIKAN BATUK ANAK ANDA

Image
Siapa ada anak yang batuk dah lebih dari 2 minggu?. Kalau ada anda kena jaga-jaga sebab itu mungkin tanda anak anda diserang batuk kering. Batuk kering kanak-kanak mungkin akan bermula sebagai batuk atau penyakit demam biasa je. Tapi bila anak anda tak berhenti batuk selama 2 minggu dan tidak menunjukkan tanda akan sembuh, ada kemungkinan mereka menghidap penyakit batuk kering. Kalau nak tahu batuk kering atau nama lainnya TUBERKULOSIS (TB) merupakan penyakit bawaan virus Mycobacterium Tuberculosis. Bahayanya virus ni ianya mampu menjejaskan paru-paru. Bukan setakat paru-paru tapi kotak suara, usus juga boleh terjejas dengan virus ini. Kalau anak anda batuk tidak berhenti lebih dari 2 minggu, anak anda mungkin diserang batuk kering. Antara simptom lain yang menunjukkan anak anda diserang batuk kering ialah : 1. Demam 2. Menggigil 3. Kahak yang banyak 4. batuk berdarah 5. Sesak nafas 6. Sakit dibahagian dada. Bila anak anda menunjukkan simptom ni terutama batuk berda

FIRST AID KIT : APA YANG PERLU ADA ?

Image
First Aid Kit atau peti kecemasan merupakan satu keperluan dalam setiap rumah apabaila berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini. Sesetengah peti pertolongan cemas yang siap dibungkus tidaklah mahal dan mengandungi kebanyakan barang yang penting. Walau bagaimanapun, mungkin anda tidak dapat mencari segala-gala yang anda perlukan dalam satu produk. Anda boleh mula dengan peti pertolongan yang tersedia dan tambah sebarang item yang anda perlukan. Untuk membuat peti kecemasa sendiri, antara barangan yang boleh dicadangkan ialah : ✅ Termometer Bayi ✅ Penahan sakit berbentuk cecair untuk kanak-kanak dan bayi yang mengandungi paracetamol atau ibuprofen. Anda juga perlukan sudu pengukur atau picagari tanpa jarum. Sentiasa ikut arahan dos pada label ubat. ✅ Penyepit kecil untuk mengeluarkan duri dan selumbar. ✅ Pek ais atau gel boleh disimpan dalam peti sejuk dan diletakkan pada benjol untuk melegakan kebengkakan. ✅ Cecair salin dan ubat mata. Ini berguna untuk mengeluark

BAHAYANYA ASMA

Image
Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan. Semasa serangan asma, pesakit mungkin mengalami ‘wheezing’ (bunyi bersiul apabila sedang bernafas), kesesakan dada, sesak nafas dan batuk. Batuk yang sering berlaku adalah pada waktu malam atau awal pagi. Asma boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa jika tidak dirawat. Penting untuk menyedari perkara-perkara dalam persekitaran anda yang cenderung untuk membuat asma menjadi lebih teruk. Faktor-faktor ini berbeza untuk setiap individu. Perkara yang menyebabkan berlakunya asma adalah seperti berikut: ❌ Jangkitan pernafasan dan selsema ❌ Pendedahan kepada asap rokok ❌ Reaksi alahan atau alergi kepada debunga, kulat, bulu haiwan, bulu, habuk, makanan, dan lipas ❌ Pencemaran udara dalaman dan luaran, termasuk ozon dan pencemaran zarah ❌ Pendedahan kepada udara sejuk atau perubahan suhu secara tiba-tiba ❌ Tekanan (stress) ❌ Latihan (senaman) Tinjauan yang dijalankan oleh Realise

❤️ RIZQI AAFIYAH ❤️: Milkbooster terbaik buat ibu-ibu.

❤️ RIZQI AAFIYAH ❤️: Milkbooster terbaik buat ibu-ibu. : Hai semua! Kak Siti nak tanya sikit leh? Korang consume apa yer untuk memeriahkan susu badan? . Masa Kak Siti berpantang dul...

ANAK DEMAM? JOM CUBA TIPS INI

Image
Sekarang ni musim demam. Malam tadi si bambam Qhaliff demam. Panas tul badan. Arini Kak Siti nak share 1 tips  untuk mengurangkan demam dengan  hanya menggunakan 2 produk asmak. Yang mana ada shampoo bunga raya plus dan minyak herba asmak tu, leh cuba tau tips nie. Alhamdulillah ok. Amik shampoo dan campurkan dengan sedikit air. Dan sapukan di kepala anak. Biarkan sehingga kering. Ulang 2-3 kali. Biarkan ia meresap dalam kepala. Bila mandi, baru bilas bersih2. Kandungan bunga raya yang terdapat dalam shampoo secara tak langsung membantu menurunkan suhu badan yer mommy.  Jadi, tak payah susah2 nak pi petik bunga raya kat tepi jalan ker, kat taman ker atau pokok bunga rumah sebelah ker. Guna sahaja Shampoo Bunga Raya Plus. Satu lagi menggunakan minyak herba asmak Selain sapu di bahagian kepala, tengkuk, belakang badan, betis n tapak kaki. Kita gunakan semasa mandi. Titiskan beberapa titik minyak serbaguna ni ke dalam besen berisi air panas suam. Kacau, n mandikan anak.

APA ITU PNEUMONIA?

Image
Bila tengok anak anda terseksa untuk bernafas mesti rasa sedih dan tak senang duduk. Nak masak pun tak senang, nak tidur pun tak senang mengenangkan keadaan anak. Tahu tak kenapa anak anda jadi begitu?. Bila anak anda mengalami situasi macam tadi, itu bermakna anak anda mengalami Pneumonia. Pneumonia ni kalau anda nak tahu merupakan jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik. Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru. Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang

Anak kena CHICKENPOX? MACAM MANA NAK RAWAT YER.

Image
Kesian tengok anak asik menggaru. Confirm rasa tak selesa. Merenyam weiii. Kalo dulu,  mak-mak kita sibuk cari daun semambu. Tapi kekadang tu, Mana la nak cari kat hutan batu ni ataupun tak semua kita kenal daun semambu tu macam mana. Betul tak? Meh Kak siti share cara yang MUDAH dan MELEGAKAN. Sekarang ni, semua nak SIMPLE jur. Tak payah susah2 lagi cari daun semambu tempat kena chicken pox.  Sapu je Bedak Asmak. InsyaAllah, Dalam beberapa hari chickenpox cepat kering. Terus hilang part yang gatal. Tak mustahil Parut pun cepat hilang tau. Berbaloi sangat. Nak tahu bagaimana digunakan? Jom lihat gambar di bawah. Langkah pertama, asingkan bedak asmak dalam bekas asing. Kita tak nak lah campur bakteria dengan yang lain kan. Langkah seterusnya, sapukan keseluruh badan. Tambah-tambah dekat kawasan paling banyak chickenpox. InsyaAllah, gelembung air bisa cepat kering. Tak panas  tak pedih. Rasa macam pakai bedak sejuk jur.  Kesannya, selepas 3 hari Kesan, s

RESDUNG DAN PUNCANYA

Image
Mungkin ramai juga di antara anda yang telah mencuba pelbagai jenis rawatan di luar sana sama ada mendapatkan rawatan di pusat-pusat rawatan resdung, pengambilan tablet atau pil, penggunaan asap dan sebagainya. Bagi mereka yang kurang pasti sama ada mereka mempunyai resdung, boleh tonton video di bawah.  NAMUN, ramai yang berhadapan dengan situasi seperti:- 1. Belum temui kaedah rawatan atau penawar yang berkesan 2. Kos rawatan yang tinggi dan ubat yang mahal 3. Tidak selesa dengan kaedah rawatan (kaedah asap dan sebagainya) 4. Tiada masa untuk mendapatkan rawatan 5. Takut atau malu 6. Ragu-ragu dengan bahan kimia serta kandungan dalam ubat-ubatan 7. Leceh dengan pantang larang rawatan Bagaimana Untuk Merawat Resdung Atau Resah Hidung Anda Dengan Berksesan Tanpa Perlu Berhadapan Dengan Situasi Di Atas?  Kami ada jawapannya.  ASMAK HERBS penawar resdung keluaran Mhamsb. Terbukti ianya Murah • Mudah • Mujarab Ramai yang

Milkbooster terbaik buat ibu-ibu.

Image
Hai semua! Kak Siti nak tanya sikit leh? Korang consume apa yer untuk memeriahkan susu badan? . Masa Kak Siti berpantang dulu, macam-macam petua kak siti amalkan untuk tambah susu badan. Antaranya, air rebusan longan + kurma merah la, air rendaman halba la dan macam- macam produk lagi. Kekadang tu, ada yang kurang sesuai jadi keluar banyak ulser dalam mulut. 😩 Kini, ASMAK ade keluarkan produk terbaru yang diberi nama MADU KURMA MERAH.  Cukup MUDAH DISEDIAKAN. JIMAT MASA. Ramai ibu-ibu bizi atau kesuntukan masa untuk prepare. Tak perlu merebus bagai. Boleh terus ambil makan. Atau dicampur air masak atau susu sahaja.Suam dan sejuk SEDAP SANGAT. Kak siti pula suka gunakan sesudu Madu Kurma Merah dalam jus buah atau Milkshake. Memang PERFECTO!  I tell you. Tak perlu lagi tambah gula putih. . Kandungan utama MKM ni, madu asli, kurma merah, goji, halba dan halia bentong. Mesti ramai dah tahu khasiatnya kan. Untuk cergas badan, memeriahkan susu badan, buang a

APA ITU DIABETES GESTASI ?

Image
Macam pelik je bunyi dia . Meh nak cite sikit Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetes gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu: ☘ mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga. ☘ membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. Sumber gambar: http://nar-beautysolutions.blogspot.com Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya mulai pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, lantas mengakibatkan anda menghidap diabetes gestasi Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza de
Image
Anak Kak Siti mudah kena ASMA dan BATUK BERKAHAK. Terutama sekali bila minum air sejuk dan berais. Dalam masa beberapa jam sahaja dia akan melarat hingga jadi asma. 😔 Dulu.. Setiap minggu atau 2 minggu, pasti wajib amik neb. Rasa naik segan dengan nurse n doktor sebab selalu datang. Kalo ikutkan, mmg banyak produk saya ikhtiar. Baik petua orang tua, ubat makan, ubat sapu dari siam pun ado. 😅. Tak sangka Akhirnya, serasi dengan Minyak Herba Asmak. Alhamdulillah.. Usually, saya sapu kat dada, blkg, betis n tapak kaki. Sapu konsisten yer. Since minyak ni berangin, saya perasan dia akan mudah keluarkan kahak dan selesa tido. Alhamdulillah. Memang rekemen sangat pada ibu-ibu yang mempunyai masalah sama seperti Kak Siti . Banyak pulak tu kegunaannya,  satu keluarga boleh guna. Secara tak langsung, jadi FIRST AID buat keluarga besar kami. Berbaloi sangat Jika puan nak ikhtiar, boleh cuba minyak herba asmak. Produk semulajadi pilihan ramai ibu masa kini. Untuk tempahan

❤️ RIZQI AAFIYAH ❤️: SUMBER ASID FOLID

❤️ RIZQI AAFIYAH ❤️: SUMBER ASID FOLID : Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperluka...
Image
Haaaa Penatnyaaa. . Mama dah pancit ni. Si kembar masih ada kuasa SUPER SAIYA lagi. Dari tadi puas mama dok ulik2, supaya tido tapi tak nak tido. Siap main kejar-kejar lagi. Hahaha. Mama rasa nak pengsan berkali-kali, bila anak mengembah habis rak buku atuk, main tangga, panjat sana, panjat sini. Alamakkk habisss la bila nenek tengok ni.😱 Macam mana ni. Kalo sorg, sempat nak jugak tengok. Tapi dah datangnya berdua. Makin double trouble jadinya. Mama siap kemas yang A. Bila nak kemas yg B, datang sorang lagi kembah balik yang A. Ishhhh Tak leh jadi ni. Kena ajak tido jugak ni. Dari lagu beruang sampai ler lagu twinkle2 little star. Ish ish ish. Haaaa, Tak mau tido. Lagi seronok gelak ada lah. Mama Tau ler suara mama merdu gilerr. Kalo wat album, Dato Aliff pun xleh cara makan taw.😝 Teringat kat #Essential #Oil #Asmak #Baby #Care . Sesuai untuk terapi anak tido. WANGI. Ermmm Try jer la. Mana tahu leh lelap. Lepas sapu seluruh badan, especially tapak kaki. Ai

SUMBER ASID FOLID

Image
Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat : Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan : Sumber gambar :https://diarysafiyah.com/sumber-folat-semulajadi-untuk-ibu-hamil/ ✅ bayam - 1 cawan ✅ kacang bendi - setengah cawan; ✅ asparagus - setengah cawan ✅ lentil setengah cawan ✅ hati - 1 keping ✅ 11 batang taugeh brussels ✅ kacang mata hitam - 4 sudu makan ✅ germa gandum - 25g / 1 aun ✅ betik sederhana besar Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan: ✅ brokoli kukus - 2 pucuk ✅ buah oren saiz besar ✅ nasi putih - setengah cawan ✅ oat- setengah cawan ✅ kacang merah - setengah cawan ✅ jagung saiz besar - 1 Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah b

ASID FOLIK : PENTING KE ?

Image
TIME PREGNANT, MESTI DAPAT ASID FOLIC. TAPI SAYA TAK SUKA. KALO TAK AMIK, BOLEH KER? ASID FOLIK : PENTING KE ? Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik. PENTING KE ASID FOLIK NI ? Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti meng

❤️ RIZQI AAFIYAH ❤️: MACAM MANA NAK ELAK PERSAINGAN ANTARA ADIK BERADIK...

❤️ RIZQI AAFIYAH ❤️: MACAM MANA NAK ELAK PERSAINGAN ANTARA ADIK BERADIK... : Sebelum ni saya ada share mengenai persaingan antara adik beradik. Harini saya nak sambung sikit lagi mngenai tips bagaimana nak elak per...

CAFFEIN & PENYUSUAN BADAN

Image
Apabila anda minum secawan kopi atau sepotong coklat, kafein di dalamnya akan masuk ke dalam aliran darah anda. Sebaik sahaja ia berada dalam darah, sedikit daripadanya akan masuk ke dalam susu badan anda. Hakikatnya, sebahagian daripada apa sahaja yang anda makan dan minum akan muncul dalam susu badan anda. Terdapat banyak kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti kesan kafein terhadap bayi yang menyusu badan. Kesemua kajian ini menunjukkan bahawa kafein memang masuk ke dalam susu badan, tetapi tidak banyak kesannya terhadap bayi. Jika anda minum sehingga 750mg minuman berkafein sehari (kira-kira lima atau enam cawan kopi) kemungkinan besar ia tidak mendatangkan kesan kepada bayi anda. Dalam ujian yang dilakukan, jumlah kafein dalam air liur atau air kencing bayi yang minum susu badan ibunya yang telah meminum sejumlah kafein tersebut adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan. #InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak #InfoKesihatan
Image
Bermula sebagai penguna tegar produk asmak. Detik perkenalan kita bermula,Che ta dok intai fazlina dekat fb. Masa tu tak geng lagi 😆😆 kenal pon tidak. Nampak adik faz ni kekadang ada jual baju/tudung dan yang cheta tertarik dengan si kecek yang comel gila. Dah cuba si comel tuu cheta di cadangakan kesan yang lebih bagus Makan la bersama JUS ASMAK GOLD,untuk menguatkan antibodi badan. betol sejak anak konsisten amalkan jus asmak gold dia tidak lagi kerap demam batuk berkahak,selesama pon jarang kena. Dulu tidor pon berbunyi macam biola, tau sejarah sedut gas jangan cerita. dulu tak kira siang malam kena ambik gas sebab nafaz laju Sejarah masuk hospital Memang ada sampai check in seminggu di sepital ,sampai la dokter bekal kan pam tuu pakai 6jam sekali. Tapi,  segalanyer kini berubah Sejak yaya konsisten Makan : -JUS ASMAK GOLD -MINYAK HERBA ASMAK tiada lagi neb Asma dia terkawal. Pemakanan memang kena jaga, Ada makan yang harus di elakan. seperti Tembikai,Na